Friday, March 6, 2020

janji 1957

Malaysia wajahmu cemas seminggu lepas,
jantung mu resah  berdegup laju.

Malaysia, kulihat ketulan air meniti  matamu,
ku tahu kau sedang mengenang saat kelahiran mu,
dan janji 1957.

Malaysia ku tahu dalam takut dan ketar,
Kau terusi langkah untuk gagahi rukun peganganmu.

Malaysia jgnlah engkau tidak berdaya lagi
utk menghasil buah di pohonmu yang tersedia rendang.

Malaysia teruslah menghijau, kerana mereka masih perlukan rendangmu.,
jangn sekali akar mu rengsa harapan utk terus tegak berdiri.

Malaysia ku tahu kau masih ingin rindu tersenyum,
melihat anak2 riang berhayun buaian dia dahan mu,
sambil beramai mengutip buahan yang sedap di makan.

Malaysia berjanjilah padu ku, jika ribut dan kelam menjelma lagi,
engkaulah pohon itu yang kami berpegang.

Malaysia kami kesekian kami cuba berjanji ,
tidak mengukir nista di kulitmu,
dan  kan kami pasti kan 5 dahan mu tetap utuh
memegang hayunan buian anak anak harapan
yg bakal menyirami mu kelak.

feb2020.seremban

No comments:

Post a Comment