Wednesday, December 2, 2020

Masa Yang Bedetik

 Hari aku dikhabar dengan berita pemergian org yg kukenal dan tahu. Mungkin aku hnya knal lewati laman sosial media , melihat posting dan status yg selalu di muat turunkan. Aku tidak sangka dalam sehari dua mereka pergi meningalkan alam yg fana ini. Tahun lepas 2019 adalah tahun yg kerap aku berada di katil wad hospitaĺ , dan ku kira, saat paling byk melihat pesakit di saat akhir nafas di katil perbaringan. Imej imej ini amat terkesan buat diri ku. Bole ku katakan setiap wajah yg tercungap menghirup nafas terakhir itu masih jelas di dalam ingatan setiap hari. Ini membuatku sering mengelamun dan bertanya, kapan bila tiba masa ku utk pergi. 

Aku rase sesak setiap kali berfikir tentang nasib dan apakah kesudahan diri ini. Mungkin dulu waktu  sihat, fikiran ini jrg bertandang. Aku terlalu sibuk memikir tentang kehidupan dunia seperti akan masih hidup lama. Namun kini apabila disapa dengan semua pengalaman yg merisaukan ini, aku seakan tersentak dan merasakan ade seseautu yg telah mengejutkan dari tak sedar lupa diri. Sapaan itu mengingatkan aku bahawa masa aku itu akan tiba bila bila masa, dan masa yg suntuk berbaki ini seakan diingat berulang kali. Apalah yang mahu diingatkan? Mungkin ada tanggungjawab yg masih belum selesai. Aku diberi peluang dan ruang berbaki utk menfaatkan dan selesaikan yg masih tertanguh.

Aku banyak befikir kini. Apakah yg perlu aku isi sebaik pada waktu ini. Dulu bila kesihatan yang sempurna ada pada diri, aku jadi alpa dan leka. Kini dengan keupayaan yang terbatas aku harus mendayung sekuatnya, sesedar mungkin arah yg harus tuju.

Aku tak bole berduduk santai, atau cube mencari sronok santai, tpi harus proaktif beranjak fikir akan ruang peluang untuk cari jalan bagaimana bisa jadi hidup aku lebih baik dan sesiapa yang ade disekitar juga. Walau aku merasakan halangan dalam diri masih bertembok, rase lesu harapan masih bersalut. Aku wajar rempuh, terobos sederas mungkin agar lelah letihnya menjadi sebuah hasil yg ranum dan manis. Aku tidak mahu jatuh sesal kemudian, kerana mensiakan baki masa yg diberikan, tpi biar aku tersenyum puas, kerana telah menghempaskna seluruh tenaga,akal dan fikiran utk mencapai apa yg aku mahu dalam hidup ini dan hidup selepas ini.

 Semuanya berada dalam kotak akal dan fikiran kita untuk bertindak. Carilah hening tenang utk memulakan langkah yang kali tidak lagi sangkut sana dan sini. Cari satu landas utk mengelungsur deras, dan sebuah tapak untuk melancar diri jauh ke atas langit. Ini kerana kita tidak tahu, dan tidak pasti bila detik waktu berhenti buat diri kita. Kerana kita tidak tahu bila denyut nadi ini semakin hilang detaknya, waktu langsir hari bgi kita bakal di seret tutup sebuah pentas kehidupan.