Monday, February 27, 2023

Pelampau dan Fitnah

Dalam sejarah, fitnah telah banyak membuktikan kehancuran dalam segala aspek kehidupan manusia. Ini juga berlaku dalam sejarah awal Islam, terutamnya bila kewafatan Baginda Nabi S.A.W. Fitnah sesama kaum Islam memuncak semasa pemerintahan Saidina Uthman R.A. 

Pihak luar Islam yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Uthman telah bergabung antara Kufah, Basrah dan Mesir utk jatuhkan beliau. Fitnah dan konspirasi utk jatuhkan pemimpim Uthman berlaku di kalangan penyokong yang ekstrem, mengada-adakam sentimen, sedangkan sesama pemimpim dan pembesar lain tidak pun berlaku apa-apa pertelagahan. Zubair , Ali dan Talhah tidak pnah meminta utk menjadikan kalifah gantikan Uthman. Ini cuma sentimen yang diapikan-apikan untuk menjatuhkan Uthman. Bukan itu saja, pihak pelampuan ini juga membakar fitnah. Salah sorang adalah Abdullah bin Sabak, yang telah buat pelbagai fitnah dengan mengatakan Uthaman amalkan nepotisma, besarkan kandang zakat dan membakar quran.

Pada satu ketika, pihak pelampau ini bercadang utk konfrontasi Uthaman di Madinah. Ia adalah bagi menuntut pelantikan gabenor baru iaitu Muhammad Abu Bakar bagi gantikan Abdullah Abi Sarah. Pihak pemberontak ini sengaja memilih waktu haji, kerana ketika ramai itu pembesar sedang beribadah di Mekah, agar mudah untuk mengugut Uthaman yang berada di Madinah. Uthman dengan tenang dan bijak berjaya mematahkan segala hujah fitnah yang dilemparkan kepada beliau. , hingga pihak pelampau ini tidak ada modal lain untuk menjatuhkan beliau.

Namun di dalam pjalan balik, puak pemberontak ini terjumpa dengan seorg pengutus yg dirancang oleh musuh Islam membawa surat Uthman yang menyuruh gabenor membunuh mereka ini apabila sampi ke negeri masing-masing. Dengan perasaan yang berang, pemberontak ini kembali ke Madinah dan mengepung Uthman di kediaman belaiu. Mereka kepung rumah Uthman selama 40 hari dan sekat makanan dan air. Di situ juga ade surat fitnah dan palsu drpd Ali yg suruh mereka kekal di Madinah.

Mungkin kita dapat kaitkan situasi di atas dengan apa yang berlaku di dalam negara kita. Kdg golongaan pelampau ini bergabung utk jatuhkan sesorg pemimpin namun masing-masing membawa matlamat dan agenda tersirat yang tersendiri. Saidina Ali R.A pnah berkata, walau barat itu kafir, namun mereka tidak sedahsyat org Islam bila ingin menjatuhkam sesama sendiri.

Thursday, February 16, 2023

Fitnah Akhir Zaman


Tiga fitnah paling besar di akhir zaman  adalah  fitnah  atiesma ,

fitnah materialistisma dan fitnah zionisme. Inilah yang akan

timbul sebelum betul-betul dajjal akan timbulkan bentuknya.


Musuh kita akan sentiasa menyerang kita dari pelbagai arah dan sudut , tanpa mengira kita bersedia atau tidak. kita mungkin sedang membuat persiapan diri, dan mereka lebih awal menyediakan diri untuk menjatuhkan kita. Musuh kita kini yang terbesar bukan, senjata atau pedang , penguasa atau pencuri, tetapi musuh yang tidak dapat dilihat atau berbentuk abstrak tetapi musuh yang melahirkan pemikiran pemikiran yang negatif dan salah atau lebih dikenali sebagai MCS ( mind control slave).  Kita akan menjadi hamba atau kuli kepada sesuatu yang mengawal seluruh minda kita , atau kita ibarat wayang kulit yang dikawal oleh tok dalang ( master of puppet).


Rasulullah pernah menceritakan tentang 4 sifat dan komponen penting dalam diri manusia. Pertama adalah aqliyah (akal yang berfikir) , kedua rabbaniah       (emosi), yang ketiga dikenali syahwaniah (keperluan , perkongsian) dan wahmiah (angan-angan serta impian). 4 komponen menjadi asas utama pada manusia dalam menjalani hidupnya.


Manusia perlu membentuk sebaik-baiknya sifat ini  untuk membentuk  akhlak yang sempurna dan mulia (akhlak karim). Untuk akhlak yang sedemikian ia harus berjalan diatas landasan yang bernama keadilan. maksud adil ini adalah ia perlu ditimbang dan di neraca sebaik baiknya, jangan ia terlampau dan jangan pula ia terbelakang. Ini boleh juga ditakrifkan sebagai ifrad (lebih-lebihan) dan tafrik (terbelakang) . Maka itu mengendalikan 4 sifat yang dinyatakan di atas ia harus tidak menjadi terlalu ifrad dan penting juga agar ia tidak menjadi terlalu tafriq.  Maka ia haruslah sewajarnya terletak di tengah-tengah, iaitu umat pertengahan dan sederhana ( ummatan wasata).


Harus lah kita gunakan akal pada timbang paling adil atau pertengahan, tidak menjadi terlalu ekstrim dan terlalu mundur. Tuhan menurunkan wahyu dan melantik rasul  sebagai panduan dan bagi memastikan manusia tidak menjadi berlebihan (adil), contoh merasakan pendapat dirinya lebih hebat daripada segala apa yang yang diturunkan oleh wahyu. ia menjadikan pemikiran dia adalah segala-galanya dalam ruang lingkup kehidupannya. Inilah harus kita berhati dalam kehidupan kita, turunnya agama adalah untuk memastikan kita selaku manusia sentiasa berada titik tengah yang adil dan benar. Sebaliknya jika kita bersifat tafriq( kebelakang) ia akan menjadikan manusia terlalu jumud dan dan tidak mahu ada apa-apa perubahan dalam kehidupannya. Dalam kata lain ia bermaksud dalam menggunakan akal kita boleh memberi pendapat namun tidak sama sekali  melampau wahyu  Illahi dan suruhan Nabi.


Seterusnya sama juga tentang emosi (rabbaniah),   maksudnya kita perlu sentiasa berada pada neraca yang adil (tidak berlebihan dan tidak terlalu berkurangan). Emosi yang berlebihan pasti bawa padah yang tidak baik pada manusia, begitu juga emosi yang tidak ada langsung, jadilah kita terlalu tidak berperasaan . Kita mungkin beremosi melampau sedang sesuatu itu hanya tentang perkara yang kecil,  dan kita langsung tidak berperasaan untuk menegakkan kebenaran walau ramai yang melakukan penipuan. Inilah adalah penting terutamanya dalam mempertahankan kebenaran agama. Jika kita beremosi  tafriq  , apa musuh agama laku untuk memburukkan agama, tidak menjadi hal yang penting bagi kita.


Dari sudut syahwaniah (kehendak dan keperluan)  , amatlah penting juga sentiasa tahu akan apakah ketetapan syariat . Ketetapan jalan tengah dan keadilan oleh agama  ini adalah menjadi panduan manusia  agar  kita tidak berlebihan atau terlalu berkurangan dalam suatu perkara. Kita ambil contoh dan hubungan seks, Tuhan telah menetapkan asas dan syarat yang betul , tidak sama sekali Tuhan melarang keperluan asas manusia ini.


Setiap manusia juga mempunyai harapan , cita-cita dalam kehidupan. Tidak salah untuk mengejar cita-cita dunia contoh untuk menjadi seseorang doktor atau pensyarah. Cita- cita  adalah suatu impian yang membahagiakan setiap manusia. Tiada pernah manusia bercita-cita sesuatu membawa derita kepada diri mereka. Manusia sering mengejar keinginan dunia namun akhirnya mereka masih belum menemui sesuatu yang membawa mereka kepada kebahagian.  Sebagai Pencipta, sudah pasti Tuhan maha mengetahui akan apakah yang benar-benar akan membahagiakan manusia. Neraca keadilan yang benar dalam manusia meletakkan cita-cita dalam kehidupan telah dinyatakan dalam syariat untuk memastikan kita sentiasa berpijk pada bumi yang nyata.


Sekarang kita telah faham bahawa inilah sifat penting  yang ada dalam diri manusia. Dan ini perkara -perkara yang perlu dijaga agar sentiasa berada di dalam landasan kebenaran dan keadilan (tidak melampau tidak berkurangan).  Berlebih atau kurang akan hancurlah kehidupan manusia iaitu keselamatan dunia dan akhirat. Amat penting kita pastikan agar musuh kita  tidak mengganggu atau cuba mencelarukan 4 komponen penting ini  dalam diri kita ini. Agamalah yang telah meletakkan komponen pada neraca yang adil dan benar selaku manusia. Musuh kita sentiasa ingin membawa kita pada dua eksterm yang menghancurkan kita iaitu ifrad dan tafrik.  Jika kini berada pada kedudukan ifrad dan tafrid bermakna kita telah berada dalam ancaman fitnah musuh kita (dajjal).  Maka wujudlah elemen seperti ateisme ( tuan tidak wujud) materialism (hidup ini segala-galanya) dan zionisme (hidup berkiblatkan dajal) . Bukankah ini  yang telah dijanjikan oleh syaitan :


“Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka. Dia (Allah) berfirman, “Ini adalah jalan yang lurus (menuju) kepada-Ku”. Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, yaitu orang yang sesat.” (QS Al Hijr: 39-42). 


Tetaplah pada landasan yang telah ditentukan oleh agama. Supaya apabila wujud fitnah yang sentiasa  cuba mengeret pemikiran  ifrad dan takrik , kita sentiasa berada pada jalan yang betul. Ingatlah sentiasa tentang harapan dan doa kita di dalam Surah Al- Fatihah  :


'Tunjukilah kami jalan yang lurus'. ( Al- Fatihah : 6)


Sunday, February 12, 2023

Islam dan Kemenangan

Beberapa kejadian melanda sebagai umat Islam perlu kita fikirkan. Insiden pembakaran Alquran amat menyentuh naluri, ada yang berang, ada yang sedih dan pula tidak memberi apa-apa kesan di hati. Pelbagai respon juga dilihatkan. Ada yang ptotes beramai-ramai, ada yang ambil tindak mencetak lebih ramai Quran dan tidak kurang perlu menganggap isu sebegini tidak perlu dibesar-besarkan. Ramai pula para yang mengulas, perlunya tindakan yang keras agar ia tidak berterusan, ada pula yang menegas agar kita perlu tenang dan menegur dengan adab yang sentiasa terpelihara. Apakah sebenarnya yang mencetus sehingga tindakan yang biadap ini ? Mungkin ini adalah persoalan yang perlu disoal dari dalam diri soalan muslim.


Ada yang mengatakan punca adalah politik. Protes sebuah negara terhadap  tindakan negara Islam  yang kurang disenangi. Lantas Quran dibakar, bukan kerana isu agama , tapi krisis geopolitik. Ini ada benar seperti dakwaan Samuel Huntington, bahawa krisis masa hadapan bukan lagi ideologi tetapi budaya.  Quran dibakar  bukan protes terhadap agama tetapi budaya, polisi , dan tindakan sebuah negara. Sebuah negara Islam, walau pun tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, memburuk pandangan orang ramai terhadap isi kandungan kitab Islam itu sendiri.  Jelas bole disimpul bahawa segala tindakan tanduk umat Islam itu sendiri menjadi cerminan imej di mata orang bukan Islam. Terlalu sukar untuk membuat  justifikasi bahwa apa kepincangan yang berlaku di dalam dunia Islam adalah impak ketidak patuhan terhadapan ajaran Islam itu sendiri.


Bila insiden pembakaran Quran berlaku,  kita menuduh tindakan mereka biadab. Itu tidak salah malah adakala wajar. Namun jarang kita fikir biadab umat Islam sendiri terhadap ajaran Islam. Dan baru - baru ini , kejadian musibah gempa bumi melanda umat Islam  di Turki dan Syria. Pihak bukan Islam menyatakan inilah balasan daripada tuhan kepada orang Islam. Sebagai Islam kita mungkin terdetik bertanya mengapa Tuhan tidak memberi  kemenangan dan berpihak kepada umat Islam. Sebaliknya   banyak peringatan terus dilanda kepada umat Islam. Jawpan ini perlu introspeksi dalaman diri oleh setiap Islam. Ujian mungkin tanda rahmat dari Tuhan. Ini mungkin juga tanda musibat jika kita enggan berubah mengambil iktibar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.  


Islam agama yang kian pesat dianuti oleh umat dunia. Apakah ini tanda Islam semakin kuat ?  Atau ini hanya ibarat buih-buih besar di lautan. Sesekali tidak niat untuk berpandangan sinis terhadap perkembangan ini. Islam bukan menang di sebabkan ia besar , ramai penganut dan gah. Islam  itu sendiri bermaksud kejayaan manusia dalam erti kehidupan yang sebanar iaitu akhirat. Dan di akhirat nanti yang menang itu tidak ramai. Mereka itu adalah yang benar-benar memahami dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Allahu A'lam.