Wednesday, July 30, 2014

Musuh-Musuh Islam

Assalam . Telah lama menyepi daripada menulis. Minda dan ide mungkin telah tidak setajam dulu. Masuk bulan Ramadhan ini mungkin cuba untuk berjinak kembali dengan pena yang memang sejak lahir telah tumpul. Difahamkan bulan mulia adalah bulan yg perlu kita berjihak(melawan) 'musuh-musuh' yang sering memesongkan kita dari matlamat hidup. Bila terbaca Genta rasa blog empunya Ust Pahrol dia jelas memberitahu siapakan musuh kita sebenar dalam hidup ini.

 Dia menceritakan bahawa musuh kita ada lima, dua musuh batin dan tiga musuh zahir. "Musuh batin adalah nafsu dan syaitan manakala tiga musuh zahir iaitu orang kafir, munafik dan Muslim yang hasad dengki.” Maka sekarang apa lagi, ibarat kata Sun Tzu, " ...if u know the enemy and know yourself, you not need to fear the results of thousand battles.." Maka angkatlah senjata, lepaskan ikatan kuda perang diri . Tapi jangan lupa juga untuk "know yourself". Semoga Ramadhan kali ini mampu mencapai matlamat : AIDIL FITRAH. Salam Ramadan Mubarak.