Friday, September 3, 2021

Belangsungkawa Tuan Najbudin

 

Pagi itu, terdetik aku whatsapps seorng sahabat. Cuma ingin bertanya khabar, kerana tahu kesihatannya merosot bebrapa bulan lepas. Sedetik kemudian, hanya berita sedih diterima. Tuan Najbudin telah hembus nafas akhir, sebelum subuhnya.

Aku bahasa beliau sebagai Tuan Najib. Kerana beliau senior dalam tentera dalam rejimen meriam yang sama. Pertama kali jumpe di hospital seremban wad 1 E. Waktu itu juga, kesihatan aku merosot, di diagnos CKD stage 5. Tidak disangka, disebelahan katil  no. 10  wad 1 E juga adalah seorang pesara meriam. Tuan Najib telah lama  bersara sebelum aku masuk perkhidmatan. Beliau kenal arwah ayahku yang juga senior beliau dalam rejimen meriam. Semuanya seakan kebetulan. Kami jadi mesra dan aku anggap Tn Najib seperti bapa saudara sendiri.

Watak Tn Najib memang suka berseloroh dan mudah di damping. Sifat ceria dan ramah beliau selalu bingitkan wad 1 E Hospital Tuanku Jaafar. Wad meriah sebab ade beliau.  Awal pagi belum lagi doktor round memeriksa pesakit, Tn najib akan lagi awal 'periksa' pesakit dari katil ke katil. Doktor ,jururawat memang dah lazim gelagat Tn Najib, hingga mengalahkan doktor. 

Satu hari Tn Najib lancar misi untuk lari sekejap dari wad untuk balik rumah. Ade hal sikit katanya. Jangan risau malamnya sya datang balik katanya lagi. Dengan gaya berjaket,  berkaca mata hitam, Tn najib berjaya lolos dari wad. Walau disedari oleh jururawat, tpi beliau cekap bak lipas kudung tak terkejar jururawat berbadan besar.

Tn Najib pnah pelawa aku minum coke di wad. Dengan ais batu lagi. Tak tau mcamne dia bole seludup. Memang pantang kalau doktor tahu, air gas apetahlagi coke di minum oleh pesakit CKD. 

Kata Tn Najib pesakit kronik macam macam pantang larang. Serba serbi tak boleh. Tapi kita juga manusia biasa. Selagi berselera hemtam saja, pandai pandai tanggung nanti, seloroh beliau sambil berbahak.

Tn Najib pnah kata 'once you let medical insert something into ur body, you will not escape from it and they will do more to ur body. ' Itulah lumrah kehidupan kidney failure. Akan bermulanya kembara kesihatan yang penuh roller-coaster. Kite kene kuat , tali paling kuat untuk berpegang hanya Dia. Berdoa dan dan bergantung harap. Mudahan kesudahan kita baik. Pesan Tn Najib sambil senyum.

Sejak keluar wad, telah lama tidak ketemui Tn najib. Hanya berutus whatsapp bertanya khabar, kongsi kata hikmah dan cebisan ayat ayat Quran. Kali terakhir ketemui waktu aku bersolat jumaat di Masjid Bukit Chedang. Memang rancang nak cari beliau di sana. Tercari-cari di saf hadapan tapi tak kelihatan. Rupanya beliau di sudut hujung tersorak di saf paling belakang. Sempat berbual seminit dua di pintu pagar keluar masjid.

Bebrapa bulan belakang Tn Najib khabar berita pada aku. Yang kaki nya terpaksa di potong sebab 'gangrene'. Masih ingat ayat beliau di whatsapp ' ' the pain is unberable, but im ok'..

Selapas itu , aku kurang mendapat khabar Tn Najib. Aku tahu kesihatan semakin merosot. Kerap whatsaap hanya dibalas oleh anaknya. Tn Najib tidak lagi pegang handphone sendiri. Anaknya satu hari bagitahu ayah kena masuk wad, kena tranfuse darah,  hemoglobin semakin menurun.

Pagi itu aku cuba whatsapp Tn Najib mungkin dia dah stabil. Harapan aku. Berita sebaliknya aku terima. Beliau telah pergi selama lamanya awal subuh hari itu lagi.

Belangsungkawa buat Tn Najib, walau perkenalan hanya seketika, tapi cukup untuk  pada aku sebagai model pejuang gigih berjiwa kental . Terima kasih atas dorongan dan semangat. Terima kasih sebab  tunjuk erti  bertahan selagi nyawa berdetak . Pnah Tuan kata dulu, ' I'm down but not out'  . Kata-kata yang tak mungkin aku lupa.  Perjalanan Tn Najib lalui adalah denai denai yang bakal aku menyusul nanti.

Doa aku Tn lebih tenang di Sana.