Wednesday, March 18, 2020

seteguh tekad



Kali ini aku ingin kongsi pegalaman membaca autobiografi Dr. Sidek Baba berjudul Seteguh tekad. Buku itu ku habisi dalam masa sehari dan sungguh sayat di saat membacanya. Buku ini menceritakan pengalaman hidup , dari awal kepayahan hidup hingga berjaya mendaki puncak kejayaan. soeorang anak kampung yang hidupnya penuh keperihan, nama teguh tekad telah membawa dirinya ke mercu yang amat dibanggakan. Aku amat terkesan dengan kisahnya kerana, aku mempunyai hasrat yang mirip dengan impian beliau, lantas ingin ku kongsi sedikit pengalaman membacanya.

sedangku baca memoir ini, kulakar gores -gores nota   babak-babak penting yg bole ku jadikan nota catatan memotivasi diri di kiri kanan muka surat, mungkin ni cari kegemarunku bila membaca. Sebatang pen harus berada di tangan untuk ku gariskan isi-isi penting. dulu nya aku agak sayang jika buku-buku ku diconteng namun tidak lagi. ini cara mudah bagiku untuk menyibak semula helaian muka surat yang ku rasa penting  untuk dijadikan pedoman hidup.

hidup mencari nafkah dan tekad diusia bersekolah

Cikgu Sidek (gelaran yang amat dekat pada diri beliau ) dulunya dikenali sebagai budak petai. beliau akan berteriak 'petai  petai' di merata kampung sejurus kembali dari sekolah mulai jam 3 petang hingga ke lewat senja. Teguh tekadnya , jika petai masih belum terjual dia akan beredar ke Kampung telok Gong, Tg Bidara dan Pengkalan Balak untuk menghabiskan jualan. digagahi sebilang hari untuk mendapat untung empat atau lima ringgit bagi membantu keluarga.

pada waktu itu, untuk bersekolah memerlukan kos tinggi yang agak membebani , dimana ayahnya hanya seorang petani mengusaha pelbagai tanaman untuk menyara keluarga. Ini menimbulkan persoalan di benak sidek dan bertanyakan pada diri sendiri adakah kemiskinan akan menghalang untuk dirinya untuk maju ?  sidek tertekan dengan keadaanya meskipun waktu di sekolah  dimana tiada guru yaang simpati dan bertanyakakan keadaan beliau yang serba kekurangan. pernah juga di suruh ayah untuk menjadi seorang pekerja stor di kem terendak pada masa itu. namun tekadnya teguh dan hasratnya tinggi , digagahi jua mengayuh basikal ke sekolah dengan jarak lebih 40 batu.

suara hati sidek sering berkata bahawa kepayahan dan kemiskinan mestilah dibekalkan dengan ilmu. dia bertekad untuk sentiasa bersabar dan sanggup berkorban demi Allah SWT. Di memanjat sekuat-kuat harapan untuk melepasi dari tangga ke tangga. Dia benar-benar bertekad untuk lulus LCE  sebagai asas yang baik untuk melangkah seterusnya.

pada mula usaha beliau sering menemui jalan buntu, dan menyedari akan kelemahan diri dalam pelajaran apabila berada di tingkat menegah. Bagi anak kampung, berada di tingkat menegah adalah sesauttu yang jarang dilakukan , kerana kos biaya agak tinggi bagi warga kampung yang miskin. namun dengan keadaan demikian, ayahnya sering mengerti peri penting untuk  menimba ilmu untuk maju di dalam hidup, dan tidak mahu kepompong kemiskinan diwarisi kepadan anak-anaknya. sidek menyedari bahawa keciciran beliau di dalam pelajaran disbebabkan kurang bimbingan dan tunjuk ajar semasa di sekolah . bila beliau mendapat peluang tinggal bersama bapa saudarnya yang juga seorang guru, sidek mendapati kemajuan  dalam pelajarannya. tunjuk ajar yang ikhlas daripada bapa saudara menyedarkan betapa pentingnya seorang guru mempunyai aspirasi murni untuk mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan bukan sekadar hanya menyampaikan informasi kepada anak muridnya.

menjadi cikgu yang berjiwa besar

Akhirnya beliau berjaya untuk meneruskan kembara ilmu di Institut penguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. fokus yg tinggi diberikan untuk menyiapkan diri untuk menjadi cikgu yang berwawasan  Disebabkan menyedari matlamat sebenar dan tidak mempunyai wang yang banyak sidek selalu mengurung diri di asrama  dengan membaca, berfikir dan mengarang. ini menjadi katalis kejayaan beliau dan menjadi gcikgu yang berdedikasi. Beliau telah ditugaskan dibeberapa buah sekolah di Melaka dan juga berkesempatan mengajar di sekolah cina. Sidek mendapti guru-guru  cina amat rajin mengajar dan kebanyakkan mereka garang-garang belaka. konsep mengajar yang ditekankan oleh sekolah ini adalah latih tubi  dan pada hari sabtu kelas tambahan diadakan agar memantapkan ilmu-ilmu yang ada pada pelajar.

hasrat sidek untuk melangkah ke menara gading amat memendam di dalam dirinya. ramai rakan-rakan mengajak untuk memohon ke universiti malaya. namun hati kecil beliau berbisik agar hasrat itu tangguhkan dahulu kerana bagi beliau prioriti yang utama  adalah keluarga dan adik-beradik. Beliau tidak mahu tergopoh gapah untuk melanjutkan pelajaran tetapi kebajikan keluarga terabai. Keutamaan beliau adalah untuk membalas jasa ayah ibu terlebih dahulu dan mendidik adik-adik. Hati sering berkata apalah erti kejayaan sekiranya keluarga dan adik beradik hidup larat menderita.  Dan
sidek benar-benar yakin jika kita meletakkan priotriti dan fokus yang betul. Fokus yang terarah akan membantu usaha yang berhasil. Di samping itu juga sidek seorang yang memperingati  wawasan sebenar diri beliau iaitu menjadi seorang pendidik. Pada beliau kecekapan dalam mengajar boleh membantu kecemerlangan murid-murid dan belajar dengan kaedah yang terbaik mampu memberikan keputusan yang dihajatkan.

agama memberi matlamat yang jelas

Sidek sering menyedari dengan kemampuan diri dalam pendakian ke mercu kejayaan. di usia yang semakin mematang banyak hasrat yang akan bermain di benak. beliau tiada cadangan untuk membeli kenderaan  kerana tidak suka berhutang jika bukan keperluan. Pegangan pepatah melayu ukur baju di badan sendiri amat bertetapatan dengan prinsip hidup beliau. Ini jauh sekali untuk mendirikan rumah tangga meski hasrat usia yang demikian memang membakar. Bagi beliau ini bukan prioriti, kerana matlamat yang jelas telah digariskan  sejak awal  bahawa apa yang dikehendaki adalah  untuk menjadi pendidik yang baik, berjaya dalam HSC dan membela nasib keluarga.

ajaran agama yang ditimba sejak kecil menjadi sidek seorang yang teguh keyakinan dalam memandu arah hidupnya. Ilmu -ilmu agama dan kaedah mendidik sering menjadi bualan fikirannya dan terus bertanya tentang diri dan hakikat ketuhanan, tentang islam dan martabat islam. kuliah-kuliah yang ratusan dihadiri banyak mengajak beliau mengingatkan manusia tentang mati dan azab api neraka.

perkara ini bagi beliau memerlukan kupusan yang sedalam-dalamnya terutamnya mati dan azab api neraka. kehidupan yang baik di dunia hasil didikan yang betul adalah teras penting untuk membina jambatan ke akhirat yang kekal. Sidek terus menanyakan apakah dia telah membina jambatan yang betul atau sebaliknya, dan ini memperkuatkan lagi beliau untuk meneroka alam pendidikan mengikut ilmu islam timur dan barat.

takdir Allah telah menjemput ayahnya pulang kerahmatullah. sidek terkenang kembali jasa orang tuanya menjadi pendidik dan pendorong utamanya dalam menuju kejayaan. arwah ayahnya sering ulang sebut dan menyakini bahawa suatu hari beliau akan menjadi seorang pendidik yang berjaya. Meski arwah bukan seorang penilik masa depan, namun kuat keyakinan bahawa sidek sautu hari nanti akan dikenal orang ramai. Sejak itu azam nye semakin mengkonkrit dan menongkah untuk mencapai apa yang dihasrat. Bagi beliau untuk berjaya kita kena degil . Degil ini bukan dalam erti kata kita sombong atau keras kepala tetapi degil bermaksud berkeras hati untuk tidak berusaha atau berputus asa.

untuk mengembangkan ilmu harus berlandaskan acuan yang benar dan betul. ini banyak menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan terutamanya dalam mengungkapkan makna kehidupan . Sidek benar-benar yakin bahawa Islam ada jawapan yang besar yang memberi impak kepada kehidupan yang membawak ke akhirat yang berjaya.  tetapi beliau kerap melihat orang melayu suka beribadat tapi hidupnya susah dan suka menyerah. sideka lantas bertanya apakah menjadi muslim menyebabkan kita malas berusaha dan melontarkan kita ke lembah penghinaan. Sidek menyakini Islam adalah agama yang benar dan mengajak dan menjadikan umatnya kuat dan hebat. Silapnya islam menjadi lemah dan hina berpunca daripada kelemahan ilmu yang ada pada penganutnya. Islam pernah berada dimercu kegemilangan ilmu dan Al Quran menjadi landasan untuk mengembangkan ilmu dan kekuatan islam di zaman silam bersumberkan kecemerlangan ilmu dan peibadi ilmuanya. kita harus membezakan pendekatan fadhilat dan titipan ilmu. benar kita disarakan untuk bertahlial, marhaban dan mengerapkan bacaan yasin tetapi harus juga selarikan dengan titipan ilmunnya. Al Quran sarat mengandungkan ilmu, apakah cerita nilai pengajaran daripada surah yasin yang perlu kita highlight untuk mengembangkan ilmu adalah sesautu harus ditelaah dengan penuh keseriusan.

ilmu dari perut ibu ke liang lahat

anak -anak adalah aset masa depan yang perlu terus digali cara pendidikan yang betul. waktu yang paling kritikal mendidik anak adalah di antara dalam perut ibu dan hari pertama kelahiran hingga ke aakhil baligh. Anak-anak mempunyai firtah yang tinggi  dan ini saat penting dalm membentuk asas watak, peribadi dan sikap. sidek melihat ketempangan fitrah akan berlaku jika tahap pendidikan yang berlandaskan kasih sayang tidak dapat diterapkan sebaiknya . Beliau menekankan pendidikan diperingkat awal merupakan tuntutan  yang teramat penting bagi memastikan manusia kanak-kanak itu dibangunkan dengan fitrah yang selari dan dapat dikekalkan sedemikian. Ini adalah bagi mengelakkan kemasukan perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya menyelinap masuk ke dalam diri kanak-kanak dan menjadi ejen pembangunan yang korup dalam dirinya.

Sistem pendidikan di negara ini  sentiasa berkembang dan mengarah ke arah yang developmental. Sidek berpendapat ia akan lebih berkembang dengan kukuh dan stabil sekiranya pendidikan didukung oleh falsafah dan juga sistem nilai . Didapati nilai hanya dikembangkan dalam pendidikan agama dan moral dan agak kurang pada subjek-subjek yang lain. Pendapat beliau tanpa nilai pendidikan akan bersifta utilitarian di mana dengan nilai manfaan ilmu dan ketrampilan akan wujud yang bakal memandu manusia menjadi lebih baik dan memiliki matlamat dan arah tuju yang jelas.

ilmu akan terus berkembang dan akan melahirkan banyak pandangan dari sisi yang berbeza. perbezaan harus ditanggapi secara pendekatan. Sidek telah membuat suatu perumpaan yang indah dalam meraikan perbezaan ini. Beliau menyatakan  ia diumpamakan sebuah taman yang indah jika hanya terdapt sejenis bunga sahaja ditanam , ia tidak akan dapat mengindahkan  taman tersebut. Namun jika sebuah taman  yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga , warnanya berbilang boleh mencorak keindahan serta wanginya juga boleh menyegarkan hiduan dan bauan. Sidek juga menegas  jika ada bunga ros di kalangan bunga-bunga jangan digunakan durinya untuk mengaik dan mencangkuk mencederakan orang lain.

hasrat yang luhur

sidek mengorak kejayaan dalam setiap tongkahnya untuk berada di puncak mendidik anak bangsa. beliau begitu merasakan nadi anak-anak bangsa yang dahagakan ilmudan bimbingan. Sidek kuat percaya anak bangsa memohon pengertian dan perhatian dan menjadi tanggunjawab sebagai pendidik untuk menyampaikan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran . Sidek berpendapat selain daripada mengajar dengan teknik yang berkesan, mendekati dan membantu mereka yang dalam kesempitan pandangan dan hidup.

setiap pendidik harus lah mempunyai matlamat dan hasrat yang tinggi terutamanya dalam melihat pelajar-pelajar yang lemah. Guru mesti bijak dalam menjadikan yang cerdik semakin cerdik, yang sederhana meningkat cerdik dan yang lemah terus meningkat dan merasakan mereka diambil kisah dan peduli. Memahami potensi yang berbeza ini amat penting dalam memastikan setiap pelajar tidak dalam keciciran dalam arus pendidikan yang deras pembangunannya. Keciciran adalah faktor yang boleh mengakibatkan pelajar-pelajar menjadikan kurang berminat untuk belajar dan untuk terus menimba ilmu.

sidek sering mengingati pesanan arwah ayahnya menjadi suluh pekerti beliau, ' kalau takdir kau jadi orang yang dikenali nak, jagan lupa ALLLAH. Selalu tolong orang susah dan orang miskin mesti ditolong. Selalu kaitkan rezeki dengan berkat, kalau engkau jujur dengan ALLAH, pertolongan ALLAH akan datang. ' Dengan pegangan kata-kata ini sidek sering menginsafi tentang matlamat sebenar kehidupan dan kita sebagai seorang hamba yang melaksanakan amanah ini. hayat yang diberikan oleh ALLAH  adalah agar kita dapat melakukan ibadah kepadaNYa dan bersedia untuk melangsaikan tanggungjawab kita sesama manusia. Ini wajar kita syukuri kerana ALLAH sentiasa melindungi hambaNya yang berada di landasean yang betul. Dan adakala ujian hadir dalam hidup, tidak lain untuk menguji dan mengajak manusia menggunakan akal dan hati melebarkan ikhtiar supaya kekuatan iman dan takwa bertambah.

umur yang dikurnia janganlah kita sia-siakan. bekalan ilmu sentiasa membimbing kita di landasan yang betul, tiada jalan yang lebih bermakna daripada sentiasa memberikan jalan diri ke jalan ALLAH agar kita dapat memberi khidmat yang terbaik kepadaNya.

diakhir perenggan autobiografi ini, sidek kilas sebuah maknawi yang indah, ' aku hanya sebutir pasir ditengah padang yang luas, menginsafi rahmat dan nikmat ALLAH yang tidak terbatas, merasakan kekerdilan ku disisiNya, bersyukur dengan apa yang dikurnia, menyumbang apa yang mampu, moga-moga sebiji pasair menjadi bahan binaan yang memberi guna kepada yang lain' .









No comments:

Post a Comment