Wednesday, March 25, 2020

wabak dan masa


 saat diuji adalah saat dinilai tahap prestasi dan mampunya diri. di keratan perjalanan manusia, banyak simpang -simpang ujian. di simpang itu, kita dilontar dengan persoalan untuk diri : apakah keputusan yang bakal diterajui, apa paras fikir kita tidak ambil keputusan yang salah, dan lebih penting dan utamanya - apakah ujian itu menjadi landas kita memuhasabah diri menjadi manusia lebih kenal pangkal hujungnya.

aku melihat ujian ini sebagai dua cabang. Jika ujian ini bisa menjadi kita lebih baik, hampir pada pencipta , makna ia adalah sebuah hikmah. sebaliknya jika ujian ini lebih merenggang kita kepada pencipta makanya ujian itu adalah berwajah musibah.

namun , aku keras percaya, apa saja yang berlaku di ruang lingkup kehidupan itu adalah hikmah. kerana nadi masa masih berdenyut untuk kita menanam benih makna dan tujuan. Musibah adalah apabila kita sedari , akan silapnya kita , namun sudah kehilangan masa dan tanah untuk membajak kebaikan. ini sudah pastinya apabila masa kita telah tamat, waktu di hadap untuk di mizan dan masih masih saja merayu  diberikan masa, dan kali ni berjanji menjadi manusia yang patuh

wabak ini akan berakhir, dan manusia akan kembali melilau di serata muka bumi dengan tujuan masing-masing. dan aku lebih mengharap agar kali ini tujuan mereka lebih terarah . bukan lagi kepada kemusnahan tapi kepada pengertian bahawa masa untuk hidup di bumi semakin singkat.

No comments:

Post a Comment