Friday, July 30, 2021

Malayaku

5 Julai 1957

 Malayaku,

Aku karang warkah ini pada subuh hari ulang tahun kelahiranku. Aku  ingin coretkan beberapa baris catatan  gembira dan bahagia.  Betapa syukur amat kerana tidak beberapa lama lagi engkau bakal  dibebaskan sebagai  sebuah negara yang merdeka. Amat sulit untuk dilukis tentang harapan di dalam benak aku.  Untuk aku isi perjuangan yang masih belum selesai sebagai sebuah negara yang akan mula belajar berdiri di kaki sendiri. Mungkin bakal juga berdiri sama tinggi dengan negara dan bangsa maju yang lain.

Aku sedar betapa syarat-syarat British itu amat meluluhkan hati mu,  Malayaku.  Namun kita  tiada jalan lain selain bersatu. Ketepikan kepentingan perkauman  dan memilih jalan mengorak kemajuan dan melupakan luka duka yang lepas. Tunku baru pulang dari London, banyak syarat-syarat   yang mempersendakan mu. Mereka masih mahu engkau akur  perjanjian Anglo Malayan Defence and Mutual Assistance Treaty. Ditambahi lagi engkau masih kekal di bawah cengkaman Commanwealth and The Sterling Bloc, yang bermakna engkau perlu pertahankan matawang mereka andai merudum. Bukan itu saja, engkau juga perlu mempertahankan terus pelaburan mereka di tanah ini. Serta mengizinkan mereka dan pelabur asing  membawa pulang keuntungan balik ke negara masing-masing. Engkau terpaksa akur bahawa kebebasan mu masih dilabel neo-colonialism.  Namun aku anggap British silap. Syarat –syarat yang   British anggap tidak mampu kita kotakan.  Bahkan untuk memecah belahkan kepercayaan sesama kaum  , tapi kita pilih untuk bersatu memegang erat bersama . Aku bangga dan bersyukur kepada Tuhan,  kerana kita tidak memilih untuk bertelagah apatahlagi menumpah darah di sepanjang jalan-jalan akhir menuju kebebasan ini.

Malayaku, kita perlu berikrar bersama untuk membina kembali tanah bertuah ini. Biar dengan cara dan adunan  kita sendiri . Aku sedar, kita bakal hadapi pelbagai segi masalah dalam proses kemajuan dan kematangan.  Namun ingatlah bersungguh di  dalam benak fikiran bahawa keadaan kini dan masa hadapan akan bergantung kepada kebersamaan dan toleransi sesam kita. Dan kita jangan sesekali lupa bahawa tidak kira sapa , ingat lah bahawa negara kita ini adalah milik bersama dan bukan hanya percaturan seorang pemimpin tapi seluruh rakyat jelatanya. Tanah bertuah ini menuntut saling  kepercayan dan  harapan yang dikongsi bersama.  Aku   amat percaya kepada kemampuan dan kebolehan kaum bangsaku masing-masing. Aku mahu melihat warga pelbagai bangsa  tanah ini membesar sebagai saudara satu sama lain.

Jika dahulu pihak penjajah letak syarat untuk  bebas, kita perlu juga meletakkan syarat dan janji-janji kepada diri sendiri  untuk benar-benar menikmat kebebasan yang lebih tulen.  Pertama adalah hasrat yang utuh untuk membina  sebuah negara yang disulami kesaksamaan dan rasa  bangga.  Berikutnya adalah menjadi sebuah negara yang memiliki warga bangsa yang tulus  setia sebagai satu bangsa baru yang bebas bukan sahaja dari segi zahir tapi juga minda.  Kita juga perlu sematkan di dalam sanubari masing-masing untuk hidup bersama dan berkongsi bahagian dalam satu ikatan persaudaraan yang tidak mungkin dapat dileraikan. Bak  pepatah air dicincang tidak akan putus.  Kita  membina negara ini atas asas demokrasi bersama bagi pelbagai kaum dan kepercayaaan.   Namun tetap hidup  penuh dalam keharmonian dan keamanan.  Biarlah negara ini kita jadikan sebagai satu panduan kepada   dunia luar bagaiamana kepelbagaian kaum mampu hidup bersama bertunjang  matlamat yang satu dan kepentingan untuk semua.

Ku sedari kita tidak akan terlepas daripada yang pihak yang cenderung mencetus pergolakan dan onar. Pihak dari segelintir   kalangan  kita sendiri,  yang  mencelarukan  intipati  perjuangan yang sebenar. Kita perlu  berhati-hati, walau mempunyai ramai warga bangsa yang ikhlas tulus memperjuangkan kebebasan ini , golongan yang segelintir ini menjadi dalang kehancuran yang l merbahaya jika tidak disedari. Engkau  bukan sahaja  akan menghadapi pergolakan etnik  berlabel  bangsa, malah sentimen  agama juga  potensi  menjurangkan hasrat hormani yang ingin dicapai. Hari ini kita bersatu atas sebab  pegangan suci  kepercayaan masing-masing,  yang menuntut penganut  menghormati perasaan dan sensitiviti  sesama.

Malaya, aku amat berharap jika satu hari nanti bila engkau telah berdiri gah , mencapai kejayaan demi kejayaan, bilamana tanah ini melimpahkan hasil yang subur yang lumayan, bangsa-bangsa mu tidak lupa dimana  ia bermula. Kenikmatan dan kesenangan yang tidak disyukuri sering  membuat kita menjadi lupa dan rakus  terpesong dari landas matlamat yang sebenar. Semoga wargamu sentiasa ingat peristiwa kebebesan tanah ini yang telah dituntut daripada keringat dan titisan darah. Dan  lebih besar adalah pengorbanan mengenepikan identiti kaum dan bangsa  demi niat hidup bersatu bersama.

Engkau pasti bersetuju jika kita aku kata tiada  yang lebih bernilai daripada belajar  tentang sejarah jatuh bangun bangsa  sendiri . Hampir 5 abad kebebasan didambakan kini hampir hampir  menjadi kenyataan. Semoga kita sentiasa ingati sejarah ini: Kisah sebuah bangsa dan negara yang dulu  bergantung pada penjajah. Kini mereka  merdeka  dan bebas. Namun mereka masih    tetap bergantung , namun bukan kepada sesiapa,  tapi sesama mereka. Selamat bakal menyambut Merdeka Malayaku !

 

(Beberapa minggu  setelah catatan warkah ini,  di pagi  renyai yang mengembuni perhimpunan penuh makna tanggal 31 Ogos 1957, laungan MERDEKA gagah berkumandang . Ketika laungan, Tunku mengangkat tangan bersama empat jari dirapatkan sebagai tanda kesatuan bangsa dan kaum, matahari cerah menjenguk di sebalik awan putih tanah Malaya)

Tuesday, July 27, 2021

TESIS

 

“Sejarah perlu diabadikan sebagai khazanah untuk generasi yang mendatang . Tanah yang bertuah ini sudah cukup dijaja dengan harga yang murah demi kekayaan yang sedikit. Kita perlu amik ikhtibar, tentang kisah sebuah negara yang dulunya hidup harmoni bersama, menikmati hasil sumber bumi dengan saksama namun bila wujudnya puak beragenda ekstrem dan mengenepikan kepentingan ummah, keadaan beransur bertukar kacau bilau dan tidak menentu lalu membentuk luka yang amat parah dan sukar diubati. Bila negara itu dalam keadaan ‘sakit dan tenat’ , mulalah ramai doktor-doktor , pawang dan bomoh  asing dari luar cuba datang menawarkan ubat-ubatan yang kita sendiri tidak pasti apakah adunan ramuan-ramuannya. Memang ini telah berlaku, dan akan terus berlaku, kerana pertemuan angin monsoon akan terus bertiup ,  guruh akan terus berdentum ,  hujan rahmat yang terus menghujani dan menyuburkan bumi ini dengan nikmat hasil yang lumayan.” Prof Alpha tidak putus-putus  cuba menjelaskan tentang masalah kajian yang perlu diselesaikan. Bagi beliau kajian tidak dapat membuahkan hasil yang tepat dan berkesan jika kita masih berlegar dengan masalah ranting , daun dan pucuk sedangkan tidak langsung tidak cuba menggali jauh ke dasar akar dan umbi.

“ Kamu faham apa yang cuba saya maksudkan ?” Prof Alpha menduga Kamal, seorang pelajar baru di bawah selian beliau dalam projek kajian explorasi qualitative berjudul “New Concept of Learning Nations”.

“Maksud Prof, kita harus melahirkan manusia atau warga  yang reseptif kepada lembaran-lembarn sejarah yang sekian lama memberi pelbagai tanda-tanda tentang  tahap  kesihatan dan denyut nadi negara.Jika mengikut teori learning yang dikemukan sebagai landas kajian ini, pertama seseorang itu dikata belajar dari sejarah lampau apabila dia bisa mampu mampu merasa kesilapan yang pernah dilakukan. Keduanya menyedari kesilapan lepas yang telah dilakukan dan kontribusi efeknya pada keadaannya sekarang. Dan ketiga adalah fasa tindakan , dimana seorang belajar dari sejarah akan tidak mengulangi perbuatan yang sama dan mencari jalan yang berbeza yang lebih baik, betul dan benar untuk mengubah keadaan kepada yang lebih baik” . Kamal memandang tepat kepda wajah Prof Alpha, dengan renungan yang mengharapkan kepastian daripada Prof Alpha.

“Ya ,Kamal  kamu mula memahami dapat nampak apa yang  cuba saya siratkan. Perubahan yang berkesan daripada warga baik pemimpin atau dipimpin bermula daripada satu istilah yang universal iaitu ‘Learning’. Tiada lagi dalam sejarah  peradaban manusia sebuah bagi bangsa atau negara yang bangkit maju selain daripada memahami atau belajar dari sejarah yang lampau mereka sendiri. Maka di sini dua faktor  penting yang perlu  dijadikan variable di dalam kajan kamu adalah konsep “Learnability” sebuah bangsa. Atau lebih tepat seperti pernah dibacarakan oleh Prof Senge dalam buku Avant Garde beliau the 5th Discipline iaitu istilah ‘ Learning disability’. Maka saya mengesyorkan kamu menggali lebih mendalam Learning disability kaum atau bangsa yang  menjadi  sample  dalam kajian kamu.” Kata-kata Prof Alpha ini memberi sinar jalan baru kepada Kamal dalam navigasi kajian yang agak sudah lama terbengkalai ini disebabkan wabak pandemic yang kini tenat melanda.

 

Oh ya Prof Senge, kebetulan saya juga  masih menelaah buku yang Prof katakan itu. Prinsip 5 disiplin yang dikemukan beliau juga saya rasa mempunyai asas model yang kukuh untuk melandasi kajian saya. Saya cuba juga mengaplikasi model topologi Dr. Orten yang menegaskan bahawa untuk menjadi sebuah instituisi yang mampu belajar untuk terus membangan adalah  bergantung kepada faktor struktur atau susnan bangsa yang dibentuk dalam sebuah negara itu. Climate yang harmoni harus dibentuk agar supaya struktur itu dibentuk atas landasan kesatuan yang benar” ujar Kamal dengan yakin namun masih mengharap bimbingan minda yang betul daripada penyelia beliau , Prof Alpha.

 

“Struktur bangsa merangkumi pelbagai aspek, bukan saja dari segi politik, tapi bagaimana dari sudut eknominya, dari sudut sosiologinya dan apetah lagi undang-undang keadilan nya”, kata Prof Alpha cuba menavigasi pemikiran Kamal. “Strukur adalah adalah rangka binaan sebuah bangunan yang dibentuk oleh warga berlandaskan peradaban yang sedia ada. Struktur adalah batu -batu asas yang perlu disusun dengan rapi agar bangunan dibina itu tidak runtuh dituip angin yang kencang atau gempa bumi yang dasyat. Jadikah apakah menjadi dasar sebuah struktur yang mapan ?  Di sini saya melihat apakah prinsip atau disiplin disebalik struktur itulah yang perlu menjadi persoalan utama sekarang ini. Ini adalah persoalan apakakah  batu -bata  yang perlu membentuk struktur itu.  Maka saya mudah kan sebgini, asasnya adalah prinsip,  yang kemudiannya membentuk struktur pengurusan yang betul . Namun ingat,  pengurusan itu hanya tangga yang perlu didadaki  untuk melihat kejayaan disebalik tembok,  disini pemimpinlah yang menentukan untuk menyandar tangga itu pada dinding tembok yang betul. Usaha sebuah bangsa menjadi sia- sia jika disandarkan kepada natijah yang tidak inklusif dan salah. Ingat kembali tujuan asal kita, untuk melahirkan  bangsa yang mempu belajar baik dari sejarah dan salah lampau sediri atau bangsa lain. Bila masalah learnabilty dan learning disability dapat diselesaikan, kita mudah membina citra model bangsa yang dikira pembelajar yang tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tidak hanya berakhir disitu sahaja, tapi pembelajar triple loop learner!.

“Ohh bukankah itu  teori Kolb , Prof ? Triple Loop Learning di dalam konsep Organization Learning?” Kamal menduga. “ Single Loop adalah tahap pemikiran seorang pembelajar diaras palinng rendah, tanpa mendalami unsur-unsur tersirat dan alami. Belaja melihat hanya yang nyata dan mencari jalan yang mudah dan singkat menyelesai sesautu masalah. Manakala double loop pula setahu saya pembelajar yang mampu mempersoalkan teori sediada ada dan cuba melangkau norma sedia ada untuk mendapat paradigma yang baru dan lebih jelas. Jadi bagaiman dengan triple loop pula , Prof? Adakah kajian saya ini perlu mecapai objektif bangsa pembelajar tahap triple loop ?” , kata Kamal dengan penuh tanda tanya.

“Triple Loop learning itu adalah adalah pembelajaran transformatif, mampu menjelajah jiwa maknawi  dan bertindak terhadap intipati pengajaran dalam pembelajaran. Bukan hanya daripada pengalaman diri sendiri malah daripada pengalaman orang lain ..…..” Inilah perkataan  terakhir diungkap yang  masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Kamal sejak sesi penyelian kertas kajiannya. Prof Alpha tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ungkapan itu dan mahu beliau  melalui proses pemahaman itu sendiri.

 

xxxxxxxxxxx

Beberapa hari Kamal tekun menyibak helaian -helain buku dalam meneruskan kesinambungan tesis beliau. Dia sering terfikir tentang dan istilah-istilah yang dibincangkan sejak pertemuan terakhir dengan Prof Alpha. Dalam hati kecil Kamal ,beliau sering berkata adakah matlamat untuk cuba memahami learnability  bangsa negara sendiri itu satu yang mustahil untuk digarap bila makanisma learning itu sendiri telah tumbuh dari benih penjajahan fizikal dan minda yang sekian lama. Apakah pelbagai bangsa telah membentk struktur yang rapuh dan akan berakhir pertelagahan yang tidak usai sudah. Kini Kamal resah dengan kondisi negara yang diduga dengan wabak pendemik yang dikeruhkan oleh percaturan politik, ekonomi masyarakat yang lelah dan persespsi sosial yang bercelaru. Apakah perkaitan terhadap learning nation terhadap  rentetan-rentetan insiden yang sedang menggumul ini? Apakah learning yang dapat dicetuskan oleh bangsaku terhadap ujian-ujian yang melanda satu hari nanti akan juga menjadi lipatan sejarah yang bakal dikendong oleh gnerasi masa akan datamg?

Fikiran panjang itu telah dipecahkankan dengan laungan azan menandakan masuk waktu solat maghrib. Kamal berhenti sebentar dari lamunan dan persoalan. Setalah usai menunaikan solat fardhu Kamal menyambung bacaan dan tadabur beberapa ayat Quran dari baris-baris terakhir yang telah dihafaz.. Setelah merenung tajam  baris-baris ayat daripada Surah Taha ayat 99, fikiran Kamal mejadi hening seketika. Dibenak Kamal terngiang kembali ungkapan terakhir Prof Alpha semasa sesi penyelian yang lepas.

Di dalam benak Kamal berkata., “ Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Prof Alpha tempoh hari..”

Kamal merenung jauh dan berfikir panjang  sendirian di kaki sejadah.

 

 

 

Saturday, July 24, 2021

Apa lagi yang lebih membahagiakan...

 

Sepanjang perjalanan hidup setakat ini, banyak cerita suka dan duka bersilih ganti. Aku tidak mampu untuk mengira  mana yang lebih kerana rata-rata duka itu tekadang membawa bahagia. Terkadang juga gembira dan senyum tawa itu membawa kepada duka. Maka dalam kedua-duanya aku mencari titik kebahagian yang tersirat seribu makna. Kujadikam  ia khazanah berharga untuk membuat hidup aku aku lebih bererti.

Bila di bangku sekolah menegah, minat aku mula bercambah di dalam bidang penulisan dan kesusasteraan. Hinggakan aku dan seorang sahabat menubuhkan sebuah kumpulan sastera yang dinamakan 'Anak Alam' . Maka pada setiap kali minggu bahasa, kumpulan Anak Alam akan beraksi dengan persembahan pentas drama dan deklamasi puisi. Aku  juga tidak lupa setiap kali ade aktivitas sastera  di sekitar Lembah Kelang. Masih aku ingat sekitar tahun 90an persembahan teater di MATIC Jalan Ampang, di Kompleks Budaya Negara (ketika baru dirasmikan) dengan drama pentas 'Penyu Menangis' dan 'Wild Duck' karya Henry Ibsen. Beberapa kali mengikuti bicara dan bedah buku di Dewan Bahasa , sempat bertemu dengan penulis-penulis hebat seperti A. Samad Said dan Arena Wati.

Berkunjung ke toko buku juga menjadi rutin kegemaran aku. Masih aku ingat memborong buku ketika jualan murah di DBP dan Pesta Buku Antarabangsa. Minat kepada penulisan sastera semakin bercambah dan aku mula menulis karya-karya sendiri yang  sedikitnya ada dimuatkan di dalam majalah sekolah. Inilah kebahagian aku pada ketika itu dan aku menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera apabila telah tamat persekolahan kelak.

Keputusan SPM telah muncul dan aku mendapat keputusan yang agak memuaskan untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Tidak lain, aku memilih jurusan Kesusasteraan Inggeris di sebuah universiti tempatan. Namun aku tidak mendapat sokongan yang kuat daripada orang tua aku yang menganjurkan aku mengambil bidang perniagaan atau sains pengkomputeran. Kebetulan juga pada waktu, terdapat tawaran bagi pengambilan intake pertama akademi tentera. Lebih-lebih lagi orang tua juga berkhidmat dalam bidang tentera, maka mereka amat berharap aku dapat mengikut jejaknya yang waktu itu amat berjaya dalam profesi ketenteraan. Aku menjadi berbelah bagi, kerana tawaran di dalam bidang kesusteraan telah diterima dan pada masa yang sama hasrat orang tua begitu menggunung untuk aku menjadi seorang pegawai tentera. Aku berfikir panjang , tentang keputusan yang bakal dipilih. Bidang penulisan atau sebuah bidang yang tidak pernah wujud dalam kotak fikiran dan sanubari iaitu ketenteraan. Mungkin tidak masuk akal bagi diriku yang berpakaian uniform memberi arahan tegas kepada orang bawahan . Jiwaku tidak pernah terfikir akan memilih bidang tersebut dan adalah mustahil untuk aku jatuh cinta kepada profesyen yang sedemikian budayanya. Aku menjadi begitu tertekan, kerana tidak sanggup melepaskan sesautu yang amat aku minati dengan sesautu yang terlalu asing untuk aku ceburi.

Maka ketika itu, aku langkah kan juga untuk pergi menghadiri sesi pemilihan kadet akademi tentera di Kuantan. Ayah tidak dapat dapat menghantar aku kerana dia terlebih awal telah berlepas ke tanah suci untuk menunaikan fardu Haji. Sesi pemilihan agak mencabar dengan menguji kemampuan intelek dan fizikal , namun tidak disangka aku berjaya melepsi semua sesi ujian yang diadakan . Aku berjaya hingga ke peringkat temuduga akhir dan kemudian ditawarkan untuk mengikut pengajian selama 5 tahun di akademi ini. Setelah tamat latihan dan pengajian, aku akan ditauliahkan sebagai seorang pegawai di dalam perkhidmatan Angkatan tentera. Setelah melangkah keluar dari dewan temuduga, fikiran ku masih berbelah bagi untuk menerima tawraran itu.  Aku diberi masa beberapa hari untuk membuat keputusan . Dalam tempoh seminggu aku perlu melapor ke pusat latihan tempur tentera darat di Ulu Tiram, Johor Baru untuk memulakan latihan.



Aku masih berbelah bagi untuk membuat keputusan . Selang sehari kemudian ayah telah meghubungi aku melalui telefon dari Tanah suci Mekah dan bertanyakan tentang sesi pemilihan tempohari. Ayah begitu gembira bila mendengar aku telah berjaya melepasi semua ujian dan mendapat tawaran tersebut. Dalam samar-samar suara ayah aku mendengar betapa tinggi harapannya untuk seorang daripada anak mengikut jejak langkahnya. Sedangkan aku anaknya ini masih ragu-ragu di dalam hati. Ayah dalam nadanya yang tidak pernah memaksa aku menjadi pegawai tentera, namun aku amat memahami hasrat yang terlubuk di dalam hatinya. 

Akhirnya naluri aku berkata sendiri, ' Apakah yang lebih bahagia dalam hidup daripada membahagia kedua orang tuamu' . Dengan dorongam semangat bisikan itu,  pada 5 Jun 1995, keretapi meluru deras dari Kuala Lumpur ke Johor membawa aku ke satu dunia baru yang tidak pernah ku fikirkan. Aku meninggalkan minat yang penah terpendam selama ini .Aku telah memilih sebuah dunia kehidupan baru yang telah mengubah nasib ayahku satu ketika dulu.

Kini 25 tahun telah berlalu, arwah ayah telah lama meninggalkan kami sekeluarga. Aku kini memahami hasrat ayah dahulu yang inginkan anak mengikut jejaknya. Hidup aku di dalam perkhidmatan tidaklah mewah ruah namun sentiasa cukup dengan rezeki tidak terputus. Namun mungkin aku tidak berjaya seperti kedudukan pangkat arwah ayah dalam perkhidmatan. Bila setiap kali menziarahi kubur ayah, aku mengharap dia tersenyum bangga dengan diriku. Teringat satu ketika dahulu semasa di akhir-akhir hayat ayah, pernah dia berkata kepada seorang sahabatnya , sambil memperkenalkan aku, '.. ini anak aku , dia seorang pegawai tentera, berpangkat Mejar sekarang..

Apa lagi yang lebih membahagiakan...... 


Friday, May 14, 2021

ARTICLE REVIEW OF LEARNING ORGANIZATION

 This research article entitles “Spiritual Development - a missing and powerful leverage when building learning organizations” is written by Natasa Rupcoc from the Faculty of Economic, University of Rijeka, Croatia. The research article discusses on the concept of Learning Organization which currently become central attention to most organization in ensuring the competitive and continuous improvement. In this article the writer intended to discuss how spiritual development can be integrate in to the concept of learning organization. Many researchers had delved deeply into this concept by examine Learning Organization in different perspectives especially other management theories to create better and more practical implementation. In this issue, the writer has coined the idea of spiritual development factor which she consider as most reliable and solid element to be integrated into learning organization concepts. The writer has examined the ' missing element ' through the view of various meditative practice (such as transcendental , mindfulness and flow ) and religious traditions manly Hinduism and Islam.

 
The researcher has cover few scope of discussion in deriving to her conclusion and findings that include raising the level of consciousness in developing learning individuals and subsequently elaborate further the influence of religion indoctrinations on the development of learning organization. This review article will also be clarifying the purpose, design or methodology, finding research limitation /implications and include practical and social implication.

Concept of Learning Organisation went through winding journey in reaching the clarity of its concept. The field is intertwined with the term of Organisational learning that consider similar but yet have different implication and perspectives in the understanding, According to the writer this had led to somewhat loss of interest in learning organizations due to no clear-cut guidelines or procedures to implement this organizational philosophy. Additionally, the concept also was considered not easily measurable and many researches have jump into measurement with quick result. Yet with all mention shortcomings the concept still become highly debated by many scholars due to its foundational and underlying learning principles. Nevertheless, the implementation of the concept can be felt and the differences will emerge in term of the value, behaviour and organizational routine. The writer also asserted that in developing and sustaining learning organization is based upon the term spirituality and not associated or referring to religion. However, the elements of spirituality also largely explored using the scope various religious teachings. The development of Learning organization has been considered from the Hindu perspectives (Kamath et al 2017), Islamic core value (Ahmad et al 2017) and meditative practices mainly transcendental meditation (Heaton, 2017) mindfulness meditation and flow (Cacioppe, 2017) . The design of the research emphasis on the possibilities developing learning individuals and learning organization by reviewing the benefits of meditative process and core belief of some several religious teaching. Findings were put into contexts of desired learning organization mainly from the perspectives introduced by Peter Senge.

 

The writer lamented even over best and current intention; majority organizations never reach the full potential of the concept. She discerns that they are missing element which could make learning organization equation balanced, feasible and attainable. Research discovered that the missing element from the equation of learning organizations is pertaining our human consciousness. This element allows and enables perception, reason, learning and growth. This made learning depend on the level of receptivity and integration of our brain functioning. When our brains are coherent the capacity for abstracts and system thinking increase and our learning becomes more precise nuanced. In order to increase and enhance our level of consciousness, many meditation practices have been developed for that purpose. People practising the technique were identified experience an increase in perception, openness to new experiences, easier learning and joyfulness. The bottom line by cultivating consciousness it can represent the key aspect of developing learning individuals and subsequently the organization.

In the religious aspect, the writer has elaborated further how consciousness can be develop individual by practising the teaching principles. Researcher believes every religion has certain external element that are visible and symbolic in nature, and certain internal element which increase the spirituality of their followers. The writer cited Kamath Burde and Ashok (2017) to explain on basic characteristics of Hinduism as spiritual practice and its applicability in developing learning individual and organisation. According the cited research, Hinduism offer guidelines and principle to reach thriving state of living which relevant to modern time. In the teaching, Hinduism, knowledge is gained by both study and reflection which is called Jnana. It leads to Vijana or the realization and consciousness of the self by the goal to  know  oneself
accept the limitations and become open to the new experiences

 

In Islamic perspectives, the writer quoted Ahmad et al (2017) on how Islamic core value can be implemented to develop a university as a learning organizations by considering example public university in Malaysia. The values are served as pillars in the   Islamic version of learning organization includes the values of justice, honesty, truthfulness, sincerity, timeliness and disciplines as guiding compass in managing organization and integrating shariah requirement. One of the novel example from University Malaysia Pahang was taken which the university core values are consider consistent with Islamic philosophy. The values included are bond with the Creator (in terms of being thankful to Allah and having faith in the will of the Creator); maintaining shared principles (in terms of being committed, caring and willing to endure); making wise decisions and being creative (in terms of being hardworking, developing wisdom and being innovative); being resolute in facing challenges (especially being patient, determined and consistent); and being proactive in taking actions and risks.

 

In the findings, the articles summarize of Hindu and Islam philosophy and   its relation to the learning organization. Most religion teaching values and philosophy shared many common features with the learning organization concept. Therefore, the research concludes that by raising the level of consciousness will in turn raise the level perception of our current reality. Higher level of understanding, also called insight (in-sight), will enables us to gain a greater sense of clarity of our role in the world, of our constraints, possibilities, desires and aspirations. Although with the valid proves shown by the spiritual inclination, the writer saw the approach still consider as 'alternatives paradigm' especially when discussing organizational behaviour. However, the writer believes, the ideas of spiritual leverage nt only shape humans but they are very much in accordance with the learning organizations philosophy. The spiritual elements are worth to be explored further and seek their extraordinary ways for effective and success application of learning organization.

 

Overall, in my opinion the research article has brought both practical and social implication in the field Human Resource Development mainly in the field of learning organization. In term of the practical implications especially practitioner like manager, it enable space and time for practising meditative practices for raising the level consciousness which can become catalyst to improve the creativity and motivations include the inner sense of serenity and well-being. There also suggestions made in the academic environment to introduce the benefits in raising the level consciousness of the students. From social standpoint, the raising the level consciousness and developing spirituality can have contagious and positive social implications in term improving the health , ethical and moral conduct, social relations, productivity and welfare. The article is most agreeable and clear that individual spiritual development  is the missing link when building learning organizations. It its suggested that this research approach can be extended to other major religions indoctrination in permeating more spiritual principles into learning organizations.

Wednesday, April 28, 2021

Issues and Challenges in Learning Organization

 Literature pertaining organisational learning appear to be ‘volcanic’ and in turn plunged into definitional confusion and concept perplexing (Lewis & Snyder, 2002). The amass of research came to make the concept become more mystifying and vexingly to measure in the organization (Friendman and Popper, 2005). The failure to understand the different lens of organizational learning contribute to this shortcomings.  Conceivably, the reason for this puzzle is that that the approaches to conceptualizing learning in the organization revolving between behavioural, cognitive and cultural setting (Tsang 1997). Further more  the lack of agreement  on the nature of learning  in the organization has  allow the blooming of many opposing  of  opinion which appears around the lack of the theoretical integration, agreement  on measuring and producing of practical knowledge to navigate effective establishment of organizational learning. Even the concept is not consider of simple linear effort, but it is important for  organisation leaders to prescribe practical and modest steps  to becoming a learning organization , rather than just accumulate of what works  to the organization (Watkin & Dirani,2013)

 

Many issues have been spotlighted within the concept, mainly to understand the distinction between organization learning and learning organization. Many scholar either equate or conflate the both and have used the term interchangeably (Warner, 2017). Initially the research on what organization is performing and how it is behaving are not same from the study how to change to become more effective. Later part shown more towards intentional undertaking of changes by the organization which identify what prior as unintentionally behaviour. This was agreeable by Jones and Henry (1992) to consider learning organisation as direction that being taken an organisation while organisation learning is seen as empirical device to explain  and quantify learning activities and event.

More often Learning Organisation is describe in the ideal state of organization want to becoming. It is the sets of goals that work towards achieving the intended vision. Organisation always will find existing  gaps in the current state and generally believed that they are a long way from creating pure learning organizations. Therefore , it become extreme challenge for HRD personnel to continuously grasping and embrace focus in searching evidence-based practice that empower an organization  to learn more excellently rather  prescribing or jumping into any quick fix solution.

 

Future of Learning Organisations

In this part I intend to look forward and find what lies in the future for the concept of learning organisation, what become promsing insight embracing the concept and predicted trend going to be. Along with current issues, what are wise way forward by the organisation planner to adopt and adapt the fresh look of Learning Organisation.

Foremost researchers are now meticulously dimensionalizing organization performance to understand better on elements that have significant corresponding to organization learning until to date, studies on DLOQ as reliable and valid construct and indicator of Learning Organisation still prolonging and becoming interesting.  From the DLOQ studies in performance had empirically proves that there was significant correlation between learning organization dimensions with perceived financial knowledge, mission and adaptive performance (Davies &Daley, 2008). While from structural equation  modelling discovers that learning organisation dimension  has positively correlates to intangible performance for instance like knowledge and adaptive performance (K.Kim, 2016).  Thus this pointed  that learning culture contribute to enhance knowledge creation and innovation system of the organization . In promising note,  existing learning organisation  dimension strongly reliable in portraying and  diagnosing the health of organisation in achieving  full potential of becoming learning organization.

 

There was also emerging founding on the influence of national culture characteristics in learning organization dimensions. According to research by Kim and Watkin (2017) it is found that individualism was negatively correlated to the concept thus is clear that organization learning inclined to support team or group learning which had initially claimed. In another publication report, Watkin and Dirani (2013) data and mean scores clearly stated there are cultural differences in how it relate to each of important dimensions. Therefore it is suggest for researchers continuously investigate cultural substantial factors and further examining cross-cultural construct validity for better understand the cultural influence. From another research results, there are also evidence of strong connection between strategic leadership and establishing systemic connection with their environment as   essentials prerequisites of learning organizations.

Another promising future of learning organisational is the role of informal learning in creating learning culture. Nurmala (2014) in her study found a significant correlation between learning culture and participation in informal learning and incidental learning opportunities. . While another research by Y.S Kim & Marsick (2013) strengthens this relationship, by implementing SME organization data, they discover that informal learning on the job created as part of the initiatives channelling to organizational performance benefits.  This trend become more obviously important as organisation try to adapt to changing and flexible culture to enhance new talent among organization members. HRD planners must consistently identify viable intervention to create a learning organization through this lens.  Its suggests for researcher to take social network approach thus applying mixed -levels analyse are one of bright area of research in the future.

Another area that worth examine are the social relations and network analysis of learning organization.  Kang, Morris and Snell (2007)  denote  human resource function can assist structural and cognitive approaches to creating value , where it  depend on strength of  network, trust , knowledge which derive from exploratory or exploitive learning . In the latest research, findings state that HR practice help built social relations among organisation members in improving opportunity, motivation and chance to retrieve another member knowledge.  According to Watkin et al. (2009) it also essentials for researchers to ensure the level of analysis because organization are made up of sub-cultures or division.

 

As for new exploration and further scrutiny, there is potential mediated relationship of learning organization especially in promoting tangible financial performance through intangible knowledge performance. Additionally, studies also currently moving towards examination of mission performance in highly relational, global, interorganizational non-profit collaboration (Suh and Watkin 2016). They also furthering the ideas trying to understand in public for profit entities such university housing departments. Finally as conclusion, Learning Organisation will consistently and remained answering the question in the his realm: (1) How do organizations make transition to be a learning organization (2) Where in an organization are its learning process centred (3) What are the benefits and cost to being learning organization (4) What are critical contextual factor effecting learning organization (5) When should one or should not seek to create a learning organization.

 

Ongoing Journey of Learning Organizations

 Many reason organisation shifting their main effort in management into the concept of Learning Organisation is due it concrete and natural way of developing for success that is through learning. Learning organisation has been stable construct in the studies of HRD for over 20 years (Lundberg, 1989; Senge 1990) and still highly debated at wide and globally.  The concept also regarded as a first-order adaptation to changing environment based on experience, learning from the past and errors that occur in the organization. Today, voluminous of research are conducted under field of Learning Organization in exploring what organization need to do in order to become learning organization. The only sustainability and survivability for organisation to keep breathing and propelling for success is to develop and understand how to manage learning in the organization.  An organization with necessary learning organizational structures and capacities are able to create environment that will encourage and stimulate knowledge and ultimately boasting financial performance (Watson and Warsick, 1993)

 

Many underlying theories which constantly emerge in support of Learning Organization concept. From early 60’s there was continuous effort from management scholar to define and unravel the embedded theories that hidden under this concept. Crossan et al. (2000) proposed a framework of organizational learning by emphasising on changing process that driven by intuition and interpretation at the individual level, subsequently integration of new knowledge at the group level and eventually institutionalization at the organizational level as formed as Learning Organization.  While March (1991) agreed that learning in the organization involve the activity of exploiting current knowledge and exploring new knowledge that leads to growth and improvement in organization. Earlier, Levitt & March (1988) had claimed learning as inference drawn from both formal and informal experiences which fuelled organization to find new routines.in another aspects, Huber (1991) sees organisation learning as processual chain of acquisition, distribution and interpretation to organizational memory. By this process, organization will identify meaningful knowledge that are valuable to retained and stored in the organization memory. As time take place and gradual understanding of the concept, scholars more seeing Organisation as catalyst of change and transformation (Watkins & Marsick 1993).  Subsequently incoming of Twenty-first century, this concept has move beyond their own capacity by embrace the learning across the organizations which supported by many researcher namely Jerez Gomez (2005), Senge (1990) and Goh (1998).  This new phenomena of alliances has allow connection with its own external environment thus lead to more favourable condition for becoming a learning organization. Tendencies of looking at Leadership also came along to the concept which immensely required to support creating the conditions and controlling financial resources needed to become learning organization (Jeres-Gomez, 2005)

Friday, April 16, 2021

effective note taking

If you’d like to remember something that you’ve read, don’t simply take notes; leverage cognitive processes like reorganization, elaboration, and retrieval to help your brain encode that information properly.

  • Reorganization: organize the information into a new structure
  • Retrieval: recall the information from memory
  • Elaboration: write about the information