Saturday, November 11, 2023

Rintihan Bumi Palestin

Pada 2 November 1917, setiausaha luar Britain, Arthur Balfour, menulis surat yang telah cetus konflik yang terpanjang di dalam sejarah dunia.  Beliau setuju gagasan  penubuhan negara  Yahudi dan kerah segala usaha untuk capai objektif ini. Ini adalah kisah janji  British kepada Yahudi yang membawa kepada kemusnahan Palestin. Apakah yang buat British  janjikan  negara orang lain kepada Yahudi ? Semasa Perang Dunia I , British membuat banyak janji termasuk menjanjikan tanah air  kepada Yahudi di Palestin. Mereka juga menjanjikan kemerdekaan kepada  Arab jika mereka bangkit menentang musuh Britain pada waktu itu iaitu Empayar Uthmaniyyah. Emapayar ini perlu dijatuhkan untuk realisasi hasrat ini. Ini kerana Palestin pada waktu itu masih di bawah empayar Uthmaniyyah.

Sebulan selepas surat Balfour, tentera British mengambilalih Palestin yang  akhiri 400 tahun pemerintahan Uthmaniyyah. Penduduk yang menetap di sana adalah orang kebanyakan Arab beragama Islam, minoriti Kristian dan Yahudi. Yahudi di Eropah   mengalami penganiayaan yang dahsyat. Mereka merasakan Palestin boleh menjadi sebuah tempat untuk  mereka melarikan diri. Idea  membina negara Yahudi ini dikenali sebagai Zionisme. Ia adalah gerakan pinggiran di kalangan Yahudi Eropah yang merasakan perlu sebuah negara untuk mengelakkan penganiayaan berterusan

Theodore Herzel ialah seorang yang penting dalam usaha Zionisme. Tahun1896 beliau menerbitkan buku ‘Jewish State’ . Di dalamnya beliau kata satu-satunya cara bagi orang Yahudi untuk mengelakkan anti-semitisme  adalah bukan sahaja meninggalkan Eropah tetapi untuk mempunyai negara sendiri.  Herzel menganjurkan persidangan Kongres Zionis pertama di Switzerland. Para hadirin bersetuju  dan gerakan Zionis menjadi sangat aktif . Dana disediakan untuk mempromosikan imigrasi Yahudi ke Palestin. Banyak syarikat mula membeli tanah di sana dan merekrut wakil untuk menyokong tujuan mereka. Ramai pegawai tinggi British menyokong Zionisme.  Perdana menteri Lloyd George percaya mengumpulkan orang Yahudi  di Palestin akan membawa Yesus Kristus kembali ke bumi tersebut.  Menurut Balfour pula, keluarkan orang-orang Yahudi dari Eropah dan masuk mereka ke negara sendiri menjadi perkara yang baik. Herzel juga menulis bahawa Eropah  akan menjadi  sekutu sementara mereka. Zionis turut memberi jaminan kepada Britain bahawa mereka akan menjadi sekutu yang boleh dipercayai.

Sekarang kita akan melihat bagaimana Britain melakukan rancangannya. Perang Dunia I telah menjadi konflik dan saingan antara empayar. Negara yang menang dalam perang menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa untuk mengagihkan wilayah pihak yang kalah sesama mereka.Mereka melaksanakan sistem mandat, meletakkan wilayah yang pernah dikuasai oleholeh empayar Uthmaniyyah dan Jerman di bawah pentadbiran mereka sehingga dimerdekakan. Britain telah diberi mandat ke atas Palestin, tetapi rakyat Palestin tidak pernah ditanya tentang bagaimana rancangan kemerdekaan bagi mereka. Sebaliknya,  British berunding dengan pihak Zionis  tentang visi mereka untuk tanah Palestin. British sangat akomodatif dengan projek Zionis. Masyarakat Yahudi di Palestin berkembang dengan gelombang penghijrahan yang besar. Mereka mempunyai sekolah, kilang  dan militia mereka sendiri iaitu Haganah.

Rakyat asal Palestin jelas  diabaikan Britain,  tiada niat untuk memberikan mereka  kemerdekaan sebaliknya menyampaikan negara mereka kepada orang Yahudi. Pada tahun 1936, rakyat Palestin melancarkan mogok. Tentera British  mematahkan serangan  dengan penangkapan, penyeksaan, hukuman besar-besaran dan hukuman mati. Pemimpin Palestin  dibuang negeri, senjata dirampas dan rumah diranapkan. Pejuang Palestin terusan menyerang  British dan Yahudi, manakala tentera British dan Haganah melakukan serbuan bersama ke atas perkampungan Palestin dengan zalim.

Keadaan jadi semakin genting. Kerajaan British menghantar satu suruhanjaya yang dipanggil Peel untuk cari jalan selesai, tetapi penyelesaian yang dicadangkan mereka adalah tipikal : sekadar lukis satu lagi garis  pada peta membahagikan negara kepada bahagian  Palestin dan Yahudi. Meski  rakyat Palestin adalah majoriti, 250,000 daripadanya perlu dikeluarkan secara paksa untuk menjadikan negara Yahudi yang maju. Sebaliknya, pemberontakan berterusan sehingga tahun 1939, pada masa itu kira-kira 10%   populasi lelaki Palestin telah dibunuh, dicederakan, ditangkap atau dibuang negeri.

Kerajaan British fikir kaedah untuk penyelesaian konflik ini. Kertas Putih 1939 mencipta konflik antara British dan Zionis untuk kali pertama. British gariskan jalan penyelesaian dengan janji pada  Palestin kemerdekaan dalam tempoh 10 tahun, dengan semua pihak  tinggal dan berkongsi negara bersama-sama. British juga mengenakan had yang ketat ke atas orang Yahudi untuk pembelian tanah dan pelepasan imigresen. Zionis merasakan ini satu  pengkhianatan.Sebagai tindak balas, mereka melancarkan perang di seluruh negara, membunuh rakyat Palestin beramai-ramai.

Namun tidak lama kemudian,  semua  terganggu oleh sesuatu yang lebih besar. Lebih daripada 60 juta orang terbunuh dalam Perang Dunia II, termasuk 6 juta orang Yahudi dibunuh di kem kematian Nazi. Orang Yahudi yang terselamat melarikan diri dari Eropah dengan sebilangan besar daripada mereka cuba mencari keselamatan di Palestin, walaupun British menghadkan imigrasi Yahudi. Ini mencetuskan konfrontasi yang lebih langsung antara Zionis dan British. Rakyat Palestin sering menjadi sasaran juga.Dari segi ketenteraan, Yahudi lebih kuat daripada Palestin. Britain juga keletihan akibat Perang Dunia II, maka mereka tidak lagi berdaya untuk terus berjuang di Palestin. Pada tahun 1947, selepas 30 tahun pendudukan, Britain mengumumkan ia akan keluar dari Palestin dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membersihkan masalah yang ditinggalkan.

Semasa pemerintahan British, orang Yahudi telah meningkat dari 10% kepada 30% daripada populasi dan memiliki kira-kira 6% tanah. Di bawah pimpinan Ben-Gurion, Yahudi mempunyai puluhan ribu askar, senjata moden dan pegawai yang telah bertempur dalam Perang Dunia II. Sebaliknya, rakyat Palestin tidak dibenarkan untuk membangunkan pentadbiran atau ketenteraan mereka sendiri. Tetapi ketika mereka menunggu penyelesaian PBB, mereka masih majoriti di seluruh negara.

Pada November 1947, PBB  membahagikan Palestin. Pelan ini memberikan 55% kawasan untuk negara Yahudi. Tetapi PBB tidak  menjelaskan bagaimana ia boleh dilaksanakan apabila separuh penduduk di wilayah tersebut adalah Palestin. Maka tidak mengejutkan rakyat Palestin menolak rancangan PBB. Manakala Ben-Gurion dan kepimpinan Zionis menerima perancangan tersebut dan nampak peluang.  British telah keluar,  Zionis tahu mereka mempunyai tentera terkuat di Palestin. Pasukan mereka merampas lebih banyak wilayahdaripada mereka telah dianugerahkan oleh PBB. Hasrat mereka adalah untuk  mengurangkan jumlah penduduk Palestin. Di bandar-bandar seperti Haifa, militia melancarkan serangan di kawasan kejiranan Palestin. Mereka menyerang kampung dan memaksa penduduk keluar. Tentera Haganah telah menghalau orang Arab keluar dari kota yang terkepung, mengambil banyak banduan selepas mereka dapati  bahagian barat Baitulmaqdis telah dikosongkan oleh rakyat Palestin.

Salah satu peristiwa yang mempercepatkan lagi pendudukan Yahudi ini adalah pada 9 April 1948, apabila perkampugan  Deir Yassin diserang dengan kejam. Laporan kerajaan British merekodkan  250 orang terbunuh dalam keadaan keganasan yang dasyat. Wanita dan kanak-kanak dibogelkan, berbaris, bergambar dan kemudian dibunuh dengan tembakan senjata automatik. Kisah Deir Yassin mencetuskan panik di seluruh negara. Ahli sejarah  mencatat ia sebagai pembunuhan ramai -ramai yang sangat kejam abad ini .

Pada masa Britain menamatkan mandatnya pada 15 Mei 1948, lebih 250,000 rakyat Palestin telah menjadi pelarian. David Ben-Gurion dengan bangga mengumumkan penubuhannya Negara Israel, dengan dirinya sebagai perdana menteri pertama. Angkatan Pertahanan Israel yang baru dibentuk. Banyak tentera dari beberapa negara Arab memasuki juangkan Palestin, tetapi tentera Israel lebih lengkap dan lebih teratur bertempur. Israel menolak kawsasan-kawasan yang PBB telah digariskan kepada negara Palestin, seperti bandar Lydda dan Ramleh. 50,000 orang terpaksa melarikan diri, berjalan kaki. Selepas dikosongkan, bandar-bandar itu diberi nama Ibrani: Lod dan Ramla. Bangunan dan rumah  diambil alih oleh negara Israel yang baru dan diberikan kepada orang Yahudi. Tiga perempat daripada rakyat Palestin telah menjadi pelarian.Dalam bahasa Arab, mereka memanggilnya Nakba maksud secara harfiahnya, malapetaka.

Negara baru Israel membentuk 78% daripada tanah Palestin.Bahagian selebihnya telah diambilalih  oleh Jordan dan Mesir. Setahun kemudian, PBB meluluskan panggilan resolusi untuk semua pelarian Palestin untuk dibenarkan pulang. Namun mereka tidak pernah pulang. Tanah air mereka telah dipadamkan. Sejak itu, percubaan untuk menyelesaikan konflik diulang runding denganmembahagikan tanah. Wilayah  ditawarkan kepada rakyat Palestin semakin mengecut. Sebaliknya, Israel masih mengekalkan kelebihan penduduk yang diperoleh pada tahun 1948 apabila ia memaksa semua orang Palestin keluar. Pada tahun 1967, Yahudi menduduki Tebing Barat dan Gaza, semua rakyat Palestin  tinggal di bawah kuku besi Yahudi.

Hari ini, penduduk Palestin tidak mempunyai hak, tiada kerakyatan dan tiada prospek untuk kemerdekaan. Taktik penempatan zaman Nakba, perobohan rumah dan pengusiran masih digunakan terhadap mereka. Israel telah mengambil tanah Palestin tetapi menjarah rakyat Palestin berjuta-juta di bawah pemerintahannya. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa melabelkan sistem ini adalah satu bentuk apartheid zaman moden yang tiada penghujungnya.

 

No comments:

Post a Comment