Telah
lama hidup dia sunyi, malah dia dilahirkan sebagai seorang yang bersifat introvert.
Dalam sepi hidupnya, tercoret banyak
sejarah sejarah hitam yang membelenggu diri. Tinta dosa yang diseret ke setiap
kaki hari, hingga rasa punah untuk hasrat menjadi insan yang mulia. Dia
merasakan tidak ada gunanya untuk
meletakkan harapan yang bergunung tinggi. Kerana dia sedari dan sering membisikkan
kepada diri sendiri, ' aku dan dosa
adalah satu, di bumi mana akan aku berpijak dan mengembara membawa diri, ia
adalah teman yang tidak pernah lepas daripada diri '.
“ Engkau
harus mencari seorang teman, seorang wanita yang redup dari pandangan engkau,
yang kau rasa selesa berbicara, yang dapat berkongsi dengan derita yan kau yang
di alami” .
Dia
tidak pernah menafikan akan benarnya pandangan
sahabatnya itu. Tapi bukan mudah, untuk bertemu dengan seseorang gadis yang
mampu bertoleransi dengan kisah hitam sejarah hidupnya. Yang mampu mendengar
setiap cerita jijik lorong hitam di tengah hangat bauran tengik dosa. Tidak ada siapa yang akan hendak mendampingi
apatahlagi mendekati.
“Mungkin
gadis itu punyai minat yang sama” ujar sahabat karibnya lagi. “Dia minat buku
buku dan karya sastera, menulis catatan diari hidupnya seperti engkau”.
Mungkin
sahih dan benar kata-kata sahabatnya. Dia mudah teruja dengan seseorang wanita yang mampu menelaah karya
karya berat sastera, atau buku buku non fisksi sejarah dunia. Mungkin tidak ramai
di luar sana, mungkin dia mampu cuba menyapa melewati media sosial Facebook atau twitter. Dia meneka-neka hasratnya
akan berbuah hasil. Namun hatinya masih ragu, tidak ada manusia bernama lelaki
yang lebih teruja dari sosok tubuh wanita yang mahu dijamah. Cerita kononnya
minat yang sama itu cuma prelude untuk misi seterunya mendapatkan wanita
itu untuk di bawa ke dalam ķamar untuk
melangsai hasrat sebenar. Ya, itu yang paling jelas di hatinya. Baginya tulus
bening sebuah sanubari itu telah lama
mati.
########
Namun
semua yang diangap sebagai khayalan utopia
memang benar benar berlaku. Dia disapa oleh seorang gadis yang redup
dari pandangan mata dan hatinya.
Senyuman dan sosok rupa di profil Facebook membuat dia terbang
melayang dan yang lebih mengujakan adalah gadis tersebut adalah pembaca tegar karya
karya sastera , ulat buku pelbagai jenis genre dan mampu berbicara soal telaga
sesebuah hati. Perkenalan dengan gadis media sosial itu membuat hari-hari dia bagai
di sirami hujan pelangi.
Dia
cuba menepis ime- imej kepuasan nafsu, dan cuba meluruskan niat diri. Setiap
kali dia gagal menahan nafsu yang membuak, gadis ini berjaya memujuk hati si
lelaki agar ingat asal usul niat persahabatan mereka. Gadis itu juga telah melalui
denai denai hitam dalam hidupnya, ditinggalkan kekasih yang juga telah meragut
makhota bermakna dalam hidupnya.
Hubungan
maya dengan gadis itu berlangsung dengan text mesej yang berjela setiap
hari hingga berlarutan ke tengah malam. Mereka mengenal hati budi dan memahami
penderitaan masing masing. Topik buku kerap menjadi diskusi yang panjang,
bercakaran pendapat dan sering berakhir persetujuan ke dua-dua belah pihak.
Kedua pasangan kekasih di alam maya ini merasa bahagia kerana ditemuikan dan
masing-masing merasa bahagia dengan anugerah ‘pertemuan’ ini
Dan
hingga sautu ketika timbul hasrat dia ingin benar-benar menemui gadis maya ini.
Dia mencadangkan agar mereka bertemu di sebuah toko buku besar di bandaraya dan
mereka boleh mengenali lebih dekat dan berbual panjangan di samping beberapa cangkir aroma
kopi latte. Dia amat menantikan hari yang penuh debaran kerana
akan bertemu dengan gadis impian,
berwajah manis, dengan sosok tubuh peragawati yang jugak berakal bijak. Dia
merasakan ini adalah anugerah yang tuhan yang amat bermakna dan tidak pernah diimpikan
ia untuk menjadi sebuah kenyataan.
Namun
setiap kali perancangan untuk bertemu pasti adalah hal yang menghalang dan aral
yang melintang. Dia merancang untuk ke utara ke sebuah bandar di mana gadis itu
tinggal dan bekerja. Agar tidak menyulitkan kepada si gadis untuk bertemu.
Namun masih juga kehalangan dan tidak menemui kelapangan yang sesuai.
Hubungan
maya ini menjadi semakinbermakna, dia kini lebih kuat meletakkan harapan dalam
menjalani hari-harinya. Tiada hari yang dilalui mereka tidak berbicara panjang
bincang soal hati dan masa depan hidup yang lebih bermakna. Dia merasakan gadis
ini adalah anugerah dan cerminan dirinya sendiri . Gadis yang dianggap misteri
selama ini bakal menjadi realiti. Seorang teman rohani yang sekian lama di
dambakan untuk menjadikan dia seorang laki yang tidak berputus harapan untuk
menjadi manusia yang bermanfaat dan mengenal tujuan hidup.
#########
Sautu
hari gadis bertanya kepada lelaki itu
mengapa dia suka akan dirinya. Lelaki itu menjawap, “Saya rasa awak
adalah sebahagian diri saya, kerana awak tidak meninggalkan saya diwaktu tahu
tentang latar belakang diri saya yang
hitam. Lantas awak terus menyuntik semangat kepada saya.”
“ Tapi
kalau saya tidak seperti yang awak lihat digambar yang saya berikan, adakah
perasaan itu akan sama” , gadis itu cuba
menduga.
“ Saya
tidak mahu jadi hopkrit, konon diri ini lelaki suci, tapi awak ade rupa yang
reduh dan indah pada pandangan mata saya. Namun bila lama mengenali, itu
menjadi tidak penting lagi kerana kita mempunyai jiwa yang asimeterik yang
sering bergantung di antara satu sama lain”.
Dia menyakini gadis itu.
“Ini
bermakna awak boleh terima diri saya seadanya tidak kira apa pun latar diri saya
,begitukan. ' gadis itu sekali mencari keyakinan.
Lantas
dia menjawap dengan pantas “Adakah awak masih meragukan ketelusan perasaan saya
ini?” .
“Jika
saya katakan , apa yang awak lihat di profil FB itu sebenarnya bukan rupa diri
saya yang sebenar, apakah perasaan awak masih mempunyai ketelusan?” , gadis itu
mula membongkar rahsia dirinya sedikit demi sedikit.
“ Adakah
itu benar? Awak menyamar dengan wajah orang lain? Mengapa perlu awak buat demikian?”
“Bolehkah
saya bertanyakan sautu soalan, apakah pandangan awak tentang seorang lelaki
yang berminat lelaki yang lain, ya seperti gay yang kita tahu?”
###########
Dia
merasakan keanehan soalan yang cuba diajukan. Timbul banyak spekulasi yang
bermain dibenaknya dan hatinya sudah merasakan sesautu yang perlu diberi
penjelasan. Adakah dia seorang lelaki yang menyamar dengan profil seorang wanita
yang cantik untuk memikat mangsa lelaki yang diminati dan dighairahinya .
Perasan sangsi ini merebak bagai api yang pantas dan menjalar.
Akhirnya
luahan kepastian terpacul jua daripada gadis itu, “Maafkan saya kerana memang saya
adalah gadis itu seperti yang awak
dambakan, cuma saya tidak memiliki tubuh dan rupa redup sepeti diimpikan oleh mata
awak itu. Maafkan saya kerana tidak menggunakan batang tubuh saya sendiri
kerana dunia mengajar saya bahawa manusia hanya lihat pada indah rupa pandang
bukan padal kecantikan hati dan akal. Jiwa saya adalah
gadis yang awak kenali itu, namun terperangkap dalam tubuh seorang lelaki.
Maafkan saya harus berterus terang. Saya rasa bersalah dan awak adalah lelaki yang jujur dan tidak daya saya meneruskan
dusta ini. Maafkan kalau saya ini hanya seorang lelaki berjiwa gadis yang
tertaut hati pada lelaki seperti awak.”
Sepintas
si lelaki merasakan berada di alam penuh kekeliruan. Langit dirasakan roboh,
ditimpa hujan panas bersama bola- bola api yang membelengu.
“Awak
berhak memadamkan terus diri saya, buang diri saya jauh di daerah yang paling asing.
Saya tahu saya yang bersalah tapi salahkan diri saya hanya mahu seorang yang
juga redup dari pandangan mata saya sendiri. Mengapakah orang seperti saya
tidak layak, perlu menggunakan sosok tubuh orang lain untuk disukai dan
dicintai? Adilkah ini? Saya tahu bila awak sudah melihat diri saya ini, masih ada kah rindu, masih adakah bicara
panjang hingga larut malam . Masih adakah luahan hati yang dalam yang
konon kita ini mempunyai chemistry
yang tidak dapat dipisahkan?”
Si
lelaki merasa bertambah kaku, dan tiada bahasa yang mampu dibalas kata-kata
tersebut. Dia merasa kejujuran pada 'gadis'
telah dipersendakan dan dipermainkan . Atau adakah ini ujian ketelusan
diri, namun dia masih terseasat dalam teka teki yang amat mengelirukan.
Manakah
bisa kita samakan naluri yang normal seorang lelaki dengan lelaki yang berkecelaruan
seperti dia yang menyamar menjadi gadis
itu. 'Adakah ini adil bagi diriku.'
Dia
berkata pada pada 'gadis', “ Awak tidak
boleh memerangkap saya begini. Pandangan awak kepada saya ibarat awak memandang seorg wanita yang
memikat hati awak. Tapi sya memandang awak sebagai seorang lelaki, dan perasaan
yang terbentuk adalah berbeza”.
Dia
masih terkilan dan terkesan atas perbuatan 'gadis' itu. Dia tidak reti untuk
meluahkan berang namun dia merasakan amat hiba kerana dipersendakan sedemikian.
Perasaan yang mulanya rindu dan sayang kini menjadi dingin dan hampir ke daerah
rasa benci. Tapi perasaan rindu dan sayang akan watak gadis yang telah
dilakonkan oleh 'gadis ‘ belum terpadam sepenuhnya.
Dalam
hati dia berkata 'mungkin inilah selayak buat diri aku, hukuman dari bakul
bakul noda yang aku bawak dari seribu lorong dosa. Tidak layak bagi aku untuk memiliki seorang gadis yang sempurna
rupa dan akal budinya.’
Dan
dia akhirnya dia meluah kata pada gadis jelmaan itu, “Kita ditemukan dari
sejarah hitam yang sama, dari kekalutan diri yang tak pernah terpadam. Kita
ditemukan kerana kita pernah menelusuri lorong hitam yang sama cuma di daerah yang berbeza. Usah kita mencari
salah masing- masing dan salah siapa, mungkin kita perlu bersama - sama
menyuluh untuk mencari jalan keluar , ke arah jalan yang lebih bercahaya. Jika
diizinkanNya kita mampu dapat kembali ditunjukkan ke jalan yang lurus.
Mereka
berdua mengangguk di alam maya,' gadis ' itu berkata “ Baiklah kita mula kan
semula perkenalan kita” ....
##########
Dan
beberapa saat kemudian timbul sebuah keratan mesej di telefon bimbit si lelaki dari
'gadis' itu. Ia tertulis
seperti berikut :
Assalamualaikum..saya
hafiz, saya minat buku-buku bacaan dan penulisan awak, boleh kita berkenalan.....