Wednesday, October 7, 2020

tujaun dan destinasi matlamat

Kekuatan kita sebenarnya yang diambil dikira. Bagi melawan kelemahan diri  , di mana akal dan hati sedar apa yg harus dipertahan dan diperjuangkan hingga akhir. Tidak sesekali dikatakan perjalanan ini akan mudah dan lancar. Ia amat memerlukan kapasiti kendiri yg jati dan tegap untuk bangun pada siap kali terjatuh. Aku tahu, dan selali merayu pada tuhan agar diranap sama sekali tembok pejal yang tak pernah terhakis menghalang diri. Yang setiap masa menyuntik rasa ragu untuk menarik sauh diri untuk meneruskan pelayaran dengan penuh sedaya upaya.

Tidak kira klau kita terpaksa merangkak sekali pun , yang penting kita perlu beranjak kehadapan untuk mendekat diri ke destinasi matlamat. 

Kdg aku terfikir, adakah matlamat itu sebuah destinasi dan harus jadi tujuan utama. Atau yang lebih penting adalah kekal menelurusi landas yg telah ditetapakn sejauh mungkin yang mampu. Kerana pada hemat diri, apa yang akan dinilai adalah jerih perih diri dalam mengorak takdir dan bukannya untuk mencipta takdir itu sendiri. Kerana takdir itu sentiasa milik Nya.

No comments:

Post a Comment