Pagi ni ku bangun sugul. Fikiran camput baur, semangat sedikit luntur dgn masalah yg dtg. Kdg sejenk aku fikir, apakah aku telah buat yg terbaik utk bangun darpada sebuah kejatuhan. Kdg semangat pudar disebab rasa tiada sokongan daripada ssorg yg hampir pada kita. Kdg terfikir begitulah selayaknya utk aku, ketentuan yg sedemikian yg wajar ditakdirkan utk org sperti aku, entahla.
Aku nk berjaya, cipta kegemilangan diri sendiri.megikut cita rasa dan minat diri, sebab aku ade passion dlm diri yg membuak. Namun ia tak semudah prasaan saja, jika mahu beranjak, kehadapan , mencipta dinasti kejayaan perlu pengorbanan. Pastinya korban masa tenaga, korban tenaga dan yg paling utama korban prasaan putus asa, buntu dan tak nampak jalan.adakah waktu itu kita hendak lupekan segala cita, menarik selimut selesa tanpa buat apa apa? Ternyata kejayaan harus dibeli dgn air mata dan bangun beratus kali dari sebuah putus asa .
Bagaimana klau kita tak nampak jalan, segalanya seakan tidak mengizinkan? . Rehatla sebentar, labuh la tubuh yang renta semangat itu sambil menadah tangan 'berilah aku jalan dan semangat kerana aku yakin, setitik cahaya sudah cukup menerang semesta penujuk jalan'. Tiada apa milik aku, cuma kembara fana seorg hamba yang tiada apa2 selain mengharap dan terus mengharap.
Kdg risau berfikir andai nafas diregut tika aku tidak bersedia. Tpi bukankah hak dia , dan aku tiada hak utk persoalkan, kerani tiada satu yg aku miliki dln hidup ini. Hak aku mungkin amalan yg sempat dibungkus utk di bawa ke sana.
Jadi apa yg perlu dirisaukan adalah siapkan bungkusan itu, takut klau aku lupe dan leka dgn hal lain..
No comments:
Post a Comment