Wednesday, October 7, 2020

Dayung dan sampan kehidupan

Byk kali berfikir tentang nilai dan prinsip yg harus digunakan sebagai dayung menongkah arus kehidupan. Dayung sebagai prinsip penting yakni 'will power' , motivasi memastikan sampan smpai ke destinasi yg hendak dituju .namun kerap dayung tak berdaya melawan arus kerana arus terlalu hebat dan deras. Sebagai sampan yang kecil, sekali dipukul ombak, pasti dihanyut terdampar mahupun tenggelam lemas.

Terdapat dua kaedah untuk teruskan kayuhan setiap kali hanyut terdampar. Pertama sampan harus dibina lagi, dan kali ini  dengan kayu yg lebih utuh dan tekad yg lebih besar untuk berdaya melawan ombak yang menggulung. Kedua dayung kayuhan perlu ditukar ganti dgn satu mekanikal yg dipacu oleh kuasa automatif agar deras menuju destinasi.

Sampai bile harus tewas setiap kali di landa ombak, jika hanya mendayung sampan yg sama. Benar, mungkin pendayung bukan seorg yg lantas berputus asa, namun tenaga akan renta, semangat akan pudar jika tidak cube 'membesarkan' diri , melengkapkan tubuh dgn senjata lebih kontemporari untk hadapi dugaan alaf baru yg lebih menggigit.

Bile kita cube mengangkat sauh lagi, berpeganglah pada tali yang lebih kuat, iaitu ilmu pedoman sebagai pelaut, memahami arah angin, suara suara ombak dan arah naluri terbang burung harapah. Lebih lgi mengenal  Maha Pengasih yg melambai lambai jauh dari destinasi tujuan.

No comments:

Post a Comment