Saturday, August 29, 2020

rezeki kesihatan

Rezeki kesihatan manusia berbeza  , dan setiap manusia mempunyai simpang siur perjalanan rezeki  yang berbeza.  Ada yang melalui dengan kesuntukan kewangan, ada yg melalui perit pedih sakit itu sendiri. Ape yang dituntut bagi apa jua keadaan adalah sama iaitu kesabaran dan tetap bertahan dalam usaha untuk memperbaiki keadaan yang dialami. 

Daripada pengalaman jatuh bangun berjuang melawan penyakit, kita peroleh pengalaman ilmu yang tak ternilai untuk mengenal cara yg terbaik utk menghadapinya.  Dan pada masa yang sama, keadaan sedemikian memaksa kita untuk mencari ilmu dan pengetahuan yang setepat mungkin berkenaan penyakit yang dialami. Kita akan berkembang dewasa dan mula memahami akan kenyataan yang kita hadapi dan mencapai makna yang lebih besar dalam perjuangan ini.  Ini kerana sya amat percaya, ape pun perjalanan harus diteruskan kerana adakala apa yang ditemui lebih berharga daripada apa yang dicari.

Setiap pesakit akan melakukan apa sahaja untuk mengembalikan kesihatan baik yang dahulu , memikirkan seribu satu cara untuk bagaimana untuk kembali sihat hidup seperti biasa.

Terdapat keadaan yang sya kira sebagai satu ilmu dan pengalaman yang amat berharga. Ketika mengetahui bahawa penyakit ini hampir ke tahap akhir, sya melakukan pelbagai cara secara agak terdesak. Berbelanja berpuluh ribu, merebut setiap peluang alternatif yang ada. Sya akui emosi yang anxiety akan membuak mengimpikan sebuah harapan yang lebih cerah. Lebih mengigaukan keadaan adalah apabila semakin kuat mencuba keadaan menjadi semakin merosot dan buruk. Pelbagai variasi emosi yang penuh depresi dihadapi hinggakan kita meletakkan penyerahan kepada satu kuasa yang kita selama ini abai untuk menyakini iaitu Tuhan. Bila kita mula meletakkan kepercayaan bahawa Dia yang mempunyai kuasa atas segala sesautu, tanpa mengabaikan daya usaha yang ada pada manusia, segala akan mengubah tujuan perjuangan kita. 

Meletakan kebergantungan yang tuntas adalah ketenangan yang dicari oleh setiap manusia dalam menghadapi pancaroba kehidupan. Terus terang dikatakan bahawa dulu kesembuhan menjadi sasaran utama, namun kini apa yg lebih difokuskan adalah mengisi masa baki dengan lebih bermanfaat dan bermakna.

 Kesihatan dan rezekinya memberi impak luas dalam perjalanan hidup manusia. Rata-rata banyak asbab memperjuang kesihatan yang normal kesan daripada dilanda penyakit yang kronik menerbitkan satu pengertian yang lebih bermakna. Ini lah peringatan yang tidak putus-putus ingin disampaikan Tuhan kepada manusia bahawasanya kehidupan manusia itu sementara. Kemerosotan kesihatan menyentakkan lantas menyedarkan manusia akan keterbatasan daya usaha manusia utk tentu  menentukan nasib dan qada nya sendiri dengan pasti. Tiada kemampuan daripada diri manusia itu sendiri melainkan terus memohon dari Tuhan dan meletakkan kebergantungan yang total dari pencipta. 

Kesihatan adalah rezeki yang besar , utk kita melangsaikan peran selagi rezeki itu masih diberikan. Adakalanya di dalam perjalanan rezeki itu terbantut , dan sekian lama kita menangung kekurangan dalam hidup yang penuh keresahan. Dan tiba tatkala rezeki di kembalikan , walau bukan sesempurna dulu, percaya dan gunakanlah sebaik nya untuk memula menyemaikan benih kebaikan di dalam diri . Ini agar hasil tuainya dapat ditampi di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment