Sunday, May 31, 2020

Catat

[26/05, 07:30] : Bangun 0630, lihat HP, solat subuh dan mengaji. Lihat HP balik, browse ape2 yg menarik kat twitter. Aku rasa byk bole aku kenal yg minat buku dan menulis. Aku rase ni cara terbaik utk cari grup gila yg sama. Hope to find more frens and explore new world.

[26/05, 16:11] : Bicara ttg split personality. Mmg benar dan wajar sebab perjuangan hidup selaku manusia adalah melawan keburukan diri dan mengekal kebaikan  diri. Ia semacam perjuangan yg panjanng dalam hidup dan melalui beberapa fasa. Bile melepasi fasa umur 40 sepatutnya kita sudah cukup matang dan kekar utk memandu perkara yang lebih baik. Jika tidak kita akan menghadapi masalah meneruskan hari2 yang seterusnya.  Aku merasa cukup goyah pada waktu ini. Disangka aku sudah dapat mengawal segenap nafas nafsuku tetapi bila dtg waktu diuji itu lagi, aku merasakan seakan aku tidak ada bekalan langsung untuk bertarung. Ternyata keadaan ini amat memulikan diriku. Sagat sadis dan sayat.

[26/05, 16:22]  Aku amat harap dpt dikembalikan fokus, will, passion dan continuty dalam tekad. Ini eleman yg amat perlu utk kelangsungan peperangan yang semakin hebat ini. Telah aku bangkit dari seribu kesungkuran namun bila telah lama menggalas piala kemenangan, tamparan sebuah ketewasan amat mengguriskan hati aku. Ini tanda aku tidak bisa terus mendabik dada, kerana telah diaturkan pelbagai ujian yg bakal aki hadapi. Langkahlah walau pahit, langkahlah walau perit, teruskan langkah walau terasa payah dan seakan putus asa. Biar waktu  ini perasaan yg kerap membisik utk berputus asa, mungkin destinasi tidak berapa jauh lagi. Mungkin sekarang kabut menyelubungi hari2 mendaki kerana mungkin juga engkau telah hampir sampai ke puncak.

No comments:

Post a Comment