Sunday, September 29, 2019

Benih harapan



Ini tahun terindah , ini tahun anugerah. Aku diberi ruang hijrah, masa utk berubah ,  dan mengarang matlamat gagah. Tahun dimana diberi melangkah tenang, merenung arah, mengikis amarah, akur akan perlu terus besyukur . 

Dibumi asing, agar dapat mengasingkan diri dari kesibukan yg kulihat tiada jalan sudah. Keterasingan sebegini adalah jalan sepi memilih dimana utk tegak berdiri, tidak lesu oleh duri hati, kemarau akal atau putus asa sebuah harpan tak sampi.  Sepi dan terasingan itu mengajak agar terus berjalan walau musim tuai bertukar kemarau.

Hari berganti cuma mengisyaratkan supaya berubah kerana mengerti perlu melangkah. Daerah yang sama , tapi takdir yang berbeza’ kerna disitu ditanamkan benih harapan untuk sebuah taman yang mirip  syurgawi . Hasil dari sebenih biji maknawi.

31 dec 17, sajak hari hari terakhir 2017.kurumul, northfields avenue, nsw.


No comments:

Post a Comment