Thursday, September 5, 2019

Psikoterapi Islam pesakit kronik

  1. Tekanan dan stres adalah suatu situasi yang sangat berkait dan boleh menganggu kualiti hidup harian pesakit yang memberi tekanan jiwa atau mental seseorang.


2. Ungkapan gambaran stres secara umumnya adalah tentang tekanan perasaan seseorang sehingga membuatkannya tidak mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.


3. Stres juga adalah satu fitrah bagi manusia iaitu keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia terutama bagi mereka yang menghadapi penyakit yang sukar diubati. Ini kerana fitrah kejadian manusia itu sendiri yang terdiri daripada sistem saraf dan unsur kimia yang boleh menyebabkan perasaan, mental dan jasmani manusia terpengaruh. 


  1. Di dalam al-Quran, manusia mengalami tekanan perasaan atau emosi adalah disebabkan oleh faktor biologi atau fitrah kejadian manusia itu sendiri. Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nyaِ


Al-Anbiyā 21: 37

Terjemahan: “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-

gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda 

(azab)-Ku; maka, janganlah kamu minta kepadaKu 

mendatangkannya dengan segera”.



Al-Maāij 70: 19-22

Terjemahan: “Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat 

gelisah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh 

kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. 

Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”.



5. Ayat al-Quran tersebut memberi gambaran sikap manusia yang akan menjadi keluh kesah dan kebimbangan apabila diuji dengan sesuatu musibah, seolah-olah tiada jalan keluar dari masalah tersebut. Namun, ayat yang terakhir dari surah al-Maārij menceritakan bahawa masalah kebimbangan tersebut hanya boleh dihadapi dengan tenang oleh orang yang beriman.


6. Dalam Islam setiap dugaan yang datang adalah ujian daripada Allah SWT untuk meninggikan darjat dan martabat seseorang hamba di sisiNya. Semakin berat ujian atau tekanan yang dihadapi semakin besarlah pahala yang akan diperolehi. 


7. Oleh itu setiap manusia akan diuji bagi mendapat sebaik-baik ganjaran iaitu menikmati syurga Allah SWT

Apabila seseorang manusia itu berhadapan dengan sesuatu 

ujian dan bersabar dalam menempuhinya, tidak berputus asa atau berkeluh kesah, berfikiran positif dengan memahami bahawa Ayat tersebut mengandungi makna bahawa manusia yang punyai iman yang kuat dia akan cekal menghadapi setiap ujian hidup. Manakala orang yang lemah imannya akan mudah mengalami tekanan jiwa.


8. Tambahan lagi golongan yang lemah imannya memiliki sifat mudah kehilangan kepercayaan diri dan selalu berburuk sangka kepada Allah SWT dan orang lain. Bahkan kesan daripada pemikiran negatif ini dapat mengundang  keburukan, kejahatan dan penyakit yang berbahaya.


9. Selain itu, stres juga merupakan ujian dari Allah SWT yang 

bertujuan untuk menutup atau menghapuskan dosa-dosa 

hambaNya (kaffarah). Ini merupakan satu hikmah (rahsia) di 

sebalik ujian Allah dan seorang muslim yang mengetahui 

tentangnya pasti akan memiliki kekuatan mental yang tinggi. 

Berbeza dengan mereka yang melihatnya secara zahir sahaja.

 

10. Kekuatan mentalnya sangat lemah dan senang berkeluh-kesah atas segala musibah yang menimpa. Sabda Nabi SAW dalam sebuah  hadis:

 

Terjemahan: “Tiada kesusahan yang ditimpakan ke atas 

seorang muslim melainkan Allah SWT menghapuskan 

(dosanya), walaupun (kesusahan itu hanyalah) duri yang 

mengenainya”.


11. Maka setiap mukmin perlu bersedia untuk menghadapi 

tekanan dalam kehidupan dari segala sudut sama ada dari sudut mental atau fizikal. Malah mereka seharusnya memiliki kekuatan aqidah yang kukuh seperti keimanan kepada qaḍā dan qadar yang akan menjadikan seseorang itu tabah menghadapi segalanya serta tidak mudah berputus asa dalam meneruskan kehidupan.

 

12. Mereka juga wajib percaya bahawa sesungguhnya sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali jua kepadaNya.


13. Dari perspektif Islam, stres boleh dilihat sebagai salah satu fenomena „penyakit jiwa yang mempunyai kaitan erat dengan al-nafs iaitu melibatkan aspek akal, roh, hati dan nafsu. Stres dapat mendatangkan pelbagai penyakit jiwa seperti gelisah, bimbang, runsing, sedih, murung yang keterlaluan dan sebagainya. Jika stres berpanjangan, ia memungkinkan berlakunya tindak balas atau perlakuan di luar batas-batas norma dalam masyarakat, kadangkala di luar batasan ajaran agama, dan di luar batas akal yang waras.


Sumber : Norhafizah Musa

No comments:

Post a Comment