Friday, December 31, 2010

Catatan Selepas Tahun Baru



Tahun berubah ke 2011, Salam perubahan . Salam kepada menemukan jalan untuk kita juga berubah. Yang pastinya berubah kepada yang lebih baik. Yang pasti menemukan langkah pertama atau 'initial spark' yang lahir dalam diri. Insyallah.

Ibarat mencucuh kunci pada palam pencucuh kenderaan, lalu dengan spark yang pertama akan mengerakkan seluruh mekanisma kenderaan tersebut. Dengan terdetiknya untuk kita berubah,berfungsilah akal dan minda untuk mengerakkan seluruh anggota badan , tangan, kaki badan untuk melaksanakan perbuatan mengubah. Insyallah.

Motif, tujuan, matlamat, endstate menentukan makna dan segala-galanya.Ini harus betul dan jelas. Bukan tak pasti dan kabur dan keliru. Bagi saya mudah. Cuba tanya kembali mengapa kita yang bernama manusia ini dicipta. Jawapannya ada 3 :

1. Untuk patuh tunduk beribadah kepada Pencipta.
2 Menjadi pemimpin di planet bernama bumi.
3. Sebagai medan ujian menentukkan paling baik dan berjaya antara manusia.

Beribadah dan patuh beerti mengerjakan segala suruhan dan tinggalkan setiap larangan. Menjadi pemimpin ertinya memakmurkan bumi, mentadbirkan kehidupan dengan cara yang betul dan paling terbaik.Hidup sebagai medan ujian, adalah untuk kita berusaha sebaik mungkin untuk menjadi insan yang cemerlang jayanya dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Bunyinya mudah bukan.Tapi tidak semudah itu. Tapi ingat tentang hidup sebagai medan perjuangan ! Jadi berushalah.Kalau mudah bukan berusaha maknanya. Mungkin sudah pastinya payah. Ibarat untuk menerbangkan layang-layang, harus berlari-lari untuk membelah angin. Bila telah tinggi menari di udara, kita hanya santai menali mengawalnya di bawah. Insyallah. Selamat tahun 2011.

No comments:

Post a Comment