Thursday, December 30, 2010
Catatan Sebelum Tahun Baru
Salam hujung tahun. Semoga tahun ini banyak yang dirancang mampu dicapai. Bukan itu saja, lebih hebat jika tahun ini lebih baik daripada yang tahun sebelum. Ini bermakna kita telah berjaya mengubah diri. Tahniah. Kerana berubah bukan mudah, perlu dibayar dengan pengorbanan, perlu disandar dengan nilai diri yang sebenar. Bekalannya adalah ilmu.
Syukur tahun 2010 tahun beerti pada diri. Hidup lebih bermakna bila dikurnia cahaya mata pertama. Ibarat katalis pengubah yang amat berkesan , saya mendalami maksud PATUH. Patuh kepada fitrah diri dan kehidupan seperti yang diajar oleh Pencipta sememang resepi bahagia yang enak.
Keduanya SYUKUR. Ini bila kita sedar tentang kurnia yang telah diberi .Atau kita mampu meneropong jauh ke dalam diri .Terlalu besar dan banyak tapi selalu dilupa. Yang kerap diingat dan dirungut pada yang tidak dimiliki. Segala yang diberi bukan semestinya dimiliki , cuma pinjaman sementara. Mungkin yang kekal jika kita sendiri mula memberi. Memberi diri kita yang patuh dan taat. Usah disoal apa yang akan diperolehi, itu kerja Pencipta.
Patuh dah syukur .Berusaha ke arahnya. Semoga sebagai mula kita mampu menemukan 'spark' nya. Asasnya ilmu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment