Wednesday, August 26, 2009

Kuar Rumah Pergi Petik Cahaya



Kuar Rumah Pergi Petik Cahaya
(sajak merajuk seorang suami kepada isterinya)

Malam itu aku kuar rumah hempas pintu
kerana kecik hati.

Aku tak ke mana mana
cuma parking di masjid
duduk seorang diri dalam kereta.

Masa dalam kereta
aku melihat banyak cahaya.

cahaya di bangunan-bangunan
cahaya di kereta-kereta
cahaya di lampu- lampu jalan
dan cahaya pada bulan.

Lalu aku petik satu cahaya untukku
satu cahaya untukmu.

dan tidak lupa satu cahaya untuk rumah kita
yang tadi malap masa kereta meluru laju
kuar dari rumah.

No comments:

Post a Comment