Aslkum Dr, saya Mejar Shamyl dari Kem Sikamat, tempohari Dr jumpe semasa buat soal selidik akidah pada anggota tentera. Kajian ini amat berguna dan yang lebih penting apakah tindakan pihak tertentu hasil daripada penyelidikan ini. Gejala murtad ini memang telah lama ujud , tanpa disedari , kerana kita kini hanya Islam pada nama. Ramai kita Islam sejak lahir dan lantas kita sering take for granted tentang kurnia dan nikmat ini. Kita sejak kecil belajar agama di sekolah, hadiri kelas megaji dan medapat didikan Islam secara formal. Tapi pada saya semua ini tidak cukup. Ini kerana jiwa dan roh Islam itu tidak menyebati dalam diri. Justeru kita mudah tewas dan menghadapi hidup yang penuh dengan pengaruh dan dugaan, Islam yang kite pegang selama ini tidak mengiringi kita menghadapi semua ini.
Pada saya Dr, kita perlu ada jiwa searching bagi menemui Islam yang sebenar. Kita perlu ade jiwa to find the eternal truth , kerana bertitik tolak daripada situ, kita akan mencari dan terus mencari Tuhan sebenarnya . Saya terkesan dengan kisah Yusuf Islam ( Cat Steven ) dimana beliau akhirnya menemukan dirinya dengan ALLAH S.W.T setelah lama dalam proses searching yang saya maksudkan tadi. Daripada seorang Rock star yang kosong jiwanya kepada pendakwah yang disayangi dunia termasuk rakan rakan kristien beliau . Bila kita menemukan sesautu hasil daripada jatuh bangun dan jerih perih kita sendiri, ia mejadi begitu bermakna. Kita akan menghargainya, menjaganya sebaik mungkin dan menjadi pegangan kita yang kukuh.
Saya sering mengingatkan diri, rakan-rakan bahawa meski kita lahir Islam bukan bererti kita telah menemui Islam . Kita diberi kenderaan yang mampu membawa kita ke jalan yang benar namun kenderaan itu tidak akan menemukan destinasi yang sebenar jika kita tidak menggunakannya untuk cari dan terus mencari.
Ini cuma sedikit pendapat daripada saya. Harap Dr akan berjaya dalam penyelidikan yang sedang dijalankan dan menemukan ubat sebaiknya bagi menyembuh sakit yang dilanda Islam kini. Wasalam
No comments:
Post a Comment