Tuesday, January 24, 2023

Free Will vs Determinism (Qadar)

 There is an argument that if God has decided or knows what we will choose, it is already considered denying Free Will. It is moronic to deny free will, like you can do many things you're conscious of, but you're not deciding to do it. Free will and determinism are like two trains that move simultaneously and work in conjunction. They work together, but we can't say that Free Will doesn't exist because we can choose what to do. At the same time, we also can't deny determinism, that certain things happen the way it is. Conclusively, our Free Will exists, but it's determined to occur. Our choices are confined to happen, but there still are choices.

 

Saturday, January 7, 2023

Konflik Palestin-Israel : Pencabulan Undang-Undang Antarabangsa ( Part 3)

Sejak enam puluh tahun dulu, Israel sering mendapat sokongan dari negara- negara Barat yang kononnya mendukung prinsip-pronsip demokrasi dan hak asasi manusia. Bahkan jenayah yang terang-terangan dilakukan oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin khususnya sentiasa dilindungi oleh kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat. Sebaliknya Israel pula yang digambarkan sebagai mangsa dalam percaturan politik timur tengah. Media barat memainkan peranan utama di dalam  membentuk pandangan umum yang palsu terhadap hakikat Israel yang sebenar Melalui media elektronik, cetak dan kini media internet, Israel digambarkan sebagai mangsa yang sentiasa terdedah kepada ancaman pengganas dan negara-negara Arab yang siap untuk menghapuskan entiti yahudi zionis itu dari peta dunia.

Untuk membuat penilaian objektif, sejarah kewujudan Israel itu sendiri perlu ditelusuri. Deklarasi Balfour yang diluluskan dalam Parlimen British pada tahun 1917 adalah babak awal kepada terciptanya entiti ekslusif Yahudi di atas bumi Palestin Hasrat gerakan Zionis antarabangsa yang diterajui oleh tokoh Yahudi sekular yang terkenal iaitu Theodor Hertzal menjadi kenyataan selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan ratusan ribu bangsa Yahudi membanjiri negara Palestin dengan restu dan sokongan Amerika Syarikat. Pergeseran dengan penduduk Arab tidak dapat dibendung lagi sehinggalah PBB yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun 1945 meluluskan Resolusi 181 yang membahagi negara Palestin kepada wilayah Arab (penduduk yang asal) dan wilayah Yahudi (pendatang dari Eropah) kepada nisbah 45% : 55% British yang mentadbir Palestin sejak tahun 1917 keluar dari Palestin pada 14 April 1948 dan pada keesokkannya Israel diistiharkan oleh Perdana Menteri yang pertama David Ben Gurion. Ini mencetuskan peperangan dengan penduduk Arab yang berakhir dengan kemenangan Israel. Israel menawan lebih banyak lagi kawasan dari apa yang diperuntukkan oleh Resolusi 181 iaitu sebanyak 77% wilayah. Sebuah persetujuan yang ditaja oleh Amerika Syarikat iaitu Rhodes Armistice (Perjanjian Damai Rhodes) pada tahun 1949 meluluskan tambahan wilayah yang dikuasai oleh Israel Tindakan ini jelas menyalahi Resolusi 181 di mana PBB hanya memperuntukkan 55% sahaja dari negara Palestin kepada pandatang Yahudi. 

Perang 1948 juga mencetuskan krisis pelarian paling besar dalam sejarah Sekitar 800.000 rakyat Palestin diusir keluar oleh pengganas-pengganas Yahudi setelah mereka ditakut-takuti dengan tragedi pembunuhan beramai-ramai penduduk Arab di banyak tempat seperti di Deir yassin (Wikipedia 2011). Untuk menyelesaikan krisis pelarian Palestin PBB telah bersidang dan meluluskan Resolust 194 (III) yang memberi keizinan kepada pelarian Palestin kembali ke rumah-rumah mereka. Kini setelah 61 tahun resolusi ini diluluskan Israel masih tidak membenarkan pelarian tersebut pulang Kini bilangan pelarian Palestin di khemah-khemah pelarian di Jordan, Syria dan Lebanon telah mencecah lebih dari lima juta orang.

Pada tahun 1967, Israel melancarkan serangan mengejut secara serentak ke atas Genting Gaza, baitul Maqdis Timur, Tebing Barat, Tanah Tinggi Golan (Syria) dan Semenanjung Sinai (Mesir). Dalam tempoh enam hari Israel menguasai 23% lagi dari wilayah Palestin yang tinggal. Sejak dari 6 Jun 1967 sehingga kini Israel terus menduduki baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid-ul-Aqsa, seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza Israel hanya berundur dari Gaza pada tahun 2005 dan kemudian kembali mengepung Gaza sejak tahun 2007 sehingga hari ini. Sebaik sahaja Israel menduduki wilayah-wilayah tersebut pada tahun 1967, PBB telah bersidang dan memutuskan Resolusi 242 yang mengistiharkan pendudukan tersebut tidak sah dan Israel wajib berundur ke garisan Hijau seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Rhodes pada tahun 1949. Sehingga hari ini Israel masih berdegil. Ini bermakna apabila Hamas menawarkan kepada Israel untuk berundur dari tebing Barat dan baitul Maqdis timur serta menghentikan kepungan ke atas Gaza, ia adalah satu penegasan kepada Resolusi 242, tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Jika Israel bersedia untuk berbuat demikian Hamas dan rakyat Palestin bersetuju untuk menimbangkan gencatan senjata jangka panjang yang akan membawa keamanan berpanjangan sehingga penyelesaian ke atas status muktamad negara Palestin ditemukan (Zin Mahmud 2007)

Israel telah mengistihar Baitul Maqdis sebagai ibu negara abadi Israel pada 30 Julai 1967. Pengisytiharan Israel ini diperakui oleh pentadbiran Bush apabila Presiden Bush menandatangani The State Department authorization Act (HRH 1646) pada 30 September 2002, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Presiden-Presiden sebelum beliau. Bertentangan dengan resolusi antarabangsa dan persetujuan dengan Palestin, pentadbiran Bush tunduk kepada tekanan Kongres untuk menerima dakwaan Israel ke atas Baitul Maqdis sebagai ibu negara yang satu dan abadi (bagi Israel) Natijah dari akta tersebut, arahan dikeluarkan agar semua dokumen rasmi Amerika Syarikat mesti merujuk Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan ini langsung tidak mengendahkan Resolusi 237 PBB yang menolak pendudukan Baitul Maqdis dan pengisytiharan Israel sebagai ibu negaranya, dan juga Resolusi 405 yang diterima pada tahun 1988 yang secara jelas memperakui Baitul Maqdis sebagai wilayah Palestin yang diduduki.

Kini Israel mengenakan sekatan ekonomi menyeluruh dan mengepung Gaza dengan menutup semua laluan udara, laut dan jalan darat sejak dari tahun 2007. Kepungan ini telah menjerumuskan Gaza ke dalam krisis makanan, ubat-ubatan dan lain-lain bahan keperluan asas yang amat parah, Amerika Syarikat yang kononnya mempertahankan hak asasi manusia berdasarkan Deklarasi hak Asasi Manusia sejagat (Universal Human Rights Declaration 1948) hanya melihat sahaja tindakan biadap Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas gaza, bahkan melakukan serangan paling ganas ke atas gaza pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009 Serangan ganas ni telah menyebabkan 1.500 penduduk Gaza terbunuh (separuh dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak) Tindakan mengepung Gaza sendiri adalah menyalahi Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1860 di mana saluran barangan keperluan dan agihannya di seluruh Gaza mestilah berlaku tanpa sebarang sekatan, dan ini termasuk makanan, bahan api dan keperluan perubatan.

Inilah sebahagian dari pelanggaran-pelanggaran undang-undang dan peraturan antarabangsa yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Israel. Jelaslah bahawa Israel lah yang sebenarnya menjadi punca kepada konflik di Palestin dan dunia harus sedar bahawa rakyat Palestin hanya mempertahankan hak mereka yang diakui oleh badan dunia PBB Kini adalah menjadi tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk membela rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka yang sah dari sudut undang-undang dan peraturan antarabangsa.



Friday, January 6, 2023

Konflik Palestin-Israel : Pencabulan Undang-Undang Antarabangsa ( Part 2)

 Tebing Barat dan Jalur Gaza adalah merujuk kepada wilayah Palestin atau Occupied Palestine Territory (OPT). Kesatuan Eropah (EU), Makhamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menganggap Timur Jerusalam adalah sebahagian Tebing Barat yang diduduki oleh Israel (Occupying Power). Namun Israel telah menganggap seluruh Jerusalam sebagai ibu negara dan jajahan bebas.

Undang-undang ICJ pada Julai 2004 menyatakan bahawa wilayah pendudukan Israel adalah tidak sah dan bertentangan terhadap undang-undang antarabangsa, Namun pihak Makhamah tinggi Israel telah mengarahkan untuk mengekalkan pegangan wilayah Tebing Barat dibawah belligerent occupation dan dalam kes ini sebagai disputed territories . Pengambilan Israel wilayah Timur Jerusalam, Bukit Golan telah dibidas oleh Majlis Keselamatan UN di dalam resolusi 478 dimana menyatakan tindak tersebut adalah tidak sah (null and void) dan perlu dibatalkan.

Kerajaan Israel telah terlibat selama lebih daripada 35 tahun dalam penempatan semula warga Israel ke wilayah yang didudukinya akibat perang 1967 melalui pelbagai program bagi membolehkan penubuhan penempatan Israel di Occupied Palestine Territory (OPT).  Kesahihan penempatan ini telah dicabar oleh pelbagai dan membawa kepada konflik (Palestinian Territories ,Wikipedia, 2012)

Israel berpendapat bahawa Konvensyen Geneva adalah tidak sah perkara berkaitan kepada OPT, tetapi jika penetapan itu sah sekali pun, penempatan Israel tidak melanggar Artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat Menurut tafsiran Israel. Perkara 49 tidak melarang pemindahan sukarela penduduk dari negeri penjajah ke wilayah-wilayah yang diduduki .

Komuniti antarabangsa dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan sudut yang lain, memegang bahawa penempatan Israel di OPT adalah melanggar International Humanitarian Law (IHL). Di dalam Perkara 49 tertentu, Konvensyen Keempat Geneva, ini memandangkan dasar Israel adalah cenderung mempromosikan dan memudahkan pemindahan penduduk telah memainkan peranan penting dalan penciptaan dan pengembangan penempatan Israel kawasan OPT. Di samping itu Peraturan Hague dan Konvensyen Geneva ke- 4 'melarang sebarang pemindaha penduduk kuasa penjajah (occupied power) walaupun pemindahan sukarela, yang akan mengubah komposisi demografi wilayah diduduki

Wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff dalam laporan jawatankuasa khas menyatakan bahawa amalan pendudukan Israel menjejas hak asasi manusia rakyat Palestin di wilayah yang didudukinya Sebanyak 378 struktur pembinaan oleh rakyat Palestin telah di roboh dan sehingga kini sebanyak 222 buah rumah penduduk Palestin dimusnahkan  di Tebing Barat. Penempatan haram diteruskan dengan 500 000 rakyat Israel tinggal di 150 penempatan baru di wilayah diduduki. Di samping itu tahap keganasan yang disaksikan sepanjang konflik tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak jugan dikorbankan.  Undang-undang dan resolusi antarabangsa dilihat masih gagal menyelesaikan konflik ini. 

Konflik Israel Palestin dan Pencabulan Undang-Undang Antarabangsa (Part 1)

 Konflik yang berlaku di Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama Jika dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 Mer 1948, kita akan dapati bahawa konflik tersebut sudah berlangsung selama lebih 6 dekad. Manakala jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak tahun 1917. Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan General Allenby Selepas kira-kira 3 tahun, pihak Liga Bangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi Bangsa-bangsa Bersatu), telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin. 

Dalam dunia kontemporari hari ini, kita melihat pada hakikat bahawa Palestin berada di bawah penguasaan Yahudi yang telah menubuhkan negara Israel di atas tanah yang dirampas dari penduduk Arab terutamanya penduduk Islam Di awal peperangan pada tahun 1967 dan pengawalan Israel di Tebing Barat dan Jalur Gaza, eleman Zionisme menular menduduki wilayah-wilayah Palestin di bawah kawalan Israel. Sejak tahun tersebut sehingga kini kerajaan Israel telah mendukung pergerakan ini dengan merampas bahagian tanah yang dimiliki oleh pihak Palestin.

Banyak resolusi yang dikeluarkan oleh PBB (United Nations) dan Majlis Keselamatan (Security Council) terhadap konflik ini, tetapi masih pihak terutamanya Israel enggan mengikut apa yang diputuskan di peringkat antarabangsa. Walaupun ada beberapa resolusi PBB itu merujuk kepada penubuhan dua negara Israel Palestin, tetapi pematuhan Israel ke atas resolusi PBB itu mesti dijadikan syarat supaya mereka benar-benar boleh menjalankan apa yang diputuskan diperingkat antarabangsa. 

Pusingan perundingan keamanan telah lama bermula di Annapolis, Amerik Syarikat sejak bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau status akhir yang merupakan persoalan yang mesti diselesaiakan iaitu Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamata sempadan dan air (Declaration of Principles on Interim Self-Governme Arrangements 3 September 13 1993,)

Saturday, December 31, 2022

Islam Explained

In Islam, God is Allah, and when we say Allah, we do not believe in a God who is only a god of the Muslims, the Arabs, India and Pakistanis or the Middle Eastern. We say the word Allah referring to the Creator in different languages. Names for the same Creator in Hebrew are Elohim and Jehovah, and in Spanish, it is Dios. Thus Allah is the universal God, and there have many attributes of the Creator. He is an eternal, mighty, merciful, and loving God.  

 He wanted to guide humanity and did not come down and become a human, an idol, an animal, the sun, or the moon. HE chose Messengers and Prophets, and when He created Adam, He sent a fundamental truth to Adam that do not worship animals and Idols but only submitted to one God. The submission to one God in Arabic is called Islam. God gave the same truth to all the messengers and prophets like Abraham, Moses, Jesus and Muhammad (peace be upon them). A passage in the Quran in chapter 16, verse 36, that God appointed Messengers and Prophets to all the nations, and then God sent them one fundamental truth inviting people to worship one God and not the creation but the Creator. So every Prophet, including Jesus, came with the message of Islam.

  Jesus and Moses were Muslims, not Christians or Jews. Allah says in the Quran chapter 3, verse number 67 that Abraham was neither a Jew nor a Christian, but he was a Muslim. Quran says in chapter 3, verse number 5,  that   Jesus is saying to his people verily Allah is my Lord and your Lord worship him alone, and that is the straight path. All the prophets came with that path, but some people in many different times and generations moved away, and they diluted the Oneness of God and started to take Idols as mediators or the creators.

 That is how humans started their faith in Hinduism. Some people began to worship the sun. Atheism started when some people started taking away the concept of God. Some other people, by mistake, started to elevate Jesus, a messenger, flesh and blood, a human, because he was doing Miracles, and they thought maybe he was more than a human, and they started to believe he was a  Son of God or part of Trinity. That is how the faith of Christianity was created by humans and not given by God. Jesus never used the word Christianity, which is not in the Bible. The term Judaism is not there in the Bible, nor is the word Trinity. God sent the last messenger, Muhammad, and peace be upon him, to bring all of these people back again to the faith of Islam.

 Allah sent scriptures to Jesus, Moses, David, Abraham, and other prophets. Those scriptures were only meant for that time and those people. Throughout history, those scriptures started to change and dilute, and some of them got lost; thus, Allah, by His merciful and loving and guiding nature, sent the last book, the Quran. The same Creator sent the  Injil, which was given to Jesus and the books given to previous prophets. He sent the final scripture, and God took the responsibility that no one would change. There are 15 million people who memorize it. The Quran mentions who the Creator is; He is not a human, Jesus or Trinity. The Quran mentions how to transform ourselves, the things we should avoid, the things we should do right and the solutions to human problems. Quran came to transform a human and the family and all of humanity.

Last but not least, the Quran says that one day we will stand in front of God; like when we go to schools and colleges, there is an evaluation at the end of the semester. The evaluation for each of us would be based on the day of judgment according to how we lived, believed, and practised. On that day, God will only admit those people into Paradise who only worshipped one God without any partners and did Good Deeds. If someone falls short, God wants us to ask for repentance. God says many times in the Quran that He will forgive us. Thus the way to Paradise is not somebody who dies for us but by God's forgiveness and repentance. On the other hand, if somebody keeps associating partners with God even knowing the truth, there would be admitted to hellfire.

Tuesday, December 6, 2022

MERAWAT GUNDAH BANGSA : WARKAH BUATMU MALAYSIAKU


 *MERAWAT GUNDAH BANGSA : WARKAH BUATMU MALAYSIAKU*

Alhamdulillah.
Maka telah siap & kini boleh dibeli - buku yang saya edit & selenggara bersama tokoh sastera & industri buku Dr. Lim Swee Tin (pemenang SEA WRITE AWARD tahun 2000) & En. Ishak Hamzah (Aktivis Buku Negara 2017).
Buku ini *menghimpunkan 128 warkah yang ditulis oleh lebih 100 tokoh & aktivis masyarakat pelbagai bidang termasuklah Sasterawan Negara Malaysia dan Ahli Parlimen Malaysia* kepada Perdana Menteri Malaysia dan pimpinan negara ini - diterbitkan oleh Nuha Creative Resources (Editor Perunding En. Mohamed Nasser Mohamed).
Antara para penyumbang tulisan warkah ialah :-
*(Sasterawan Negara)*
- Datuk Dr. Anwar Ridhwan
- Datuk Dr. Zurinah Hassan
*(Institusi Awam - Kerajaan)*
- Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan (DBP)
- Mohd Khair Ngadiron (MBKM)
- Dato' Dr. Mohd Azmie Zakaria
- Dr. Mohd Saipuddin Suliman
- Datin Paduka Mastura Haji Muhammad (PPAS)
- Amran Zakaria
- Hesmel Faznee
- Mejar Shamyl Shalyzad
- Zakaria Abdul Hamid (FINAS)
*(Tokoh Media - Sastera - Seni)*
- Tan Sri Johan Jaaffar
- Prof. Dato' Dr. Rahman Shaari
- Datuk Jasni Matlani
- Fudzail
- Zainal Rashid Ahmad
- Amiruddin Ali Hanafiah (GAPENA)
- Mior Hashim Manap
*(Ahli Parlimen - Politik)*
- YB Hassan Karim
- Tian Chua
- Yusmadi Yusoff
- S. Arulchelvan
- Syahredzan Johan
- YB Saari Sungib
*(Ahli akademik)*
- Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi
- Dr. Krishanan Maniam
- Dr. Lena Farida Hussain Chin
- Dr. Siti Zakiah Melatu Samsi
- Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
- Prof. Dr. Azmi Hassan
- Tan Sri Dato' Dr. Dzulkifli Abdul Razak
*(Penulis - Editor - Penyelidik)*
- Ab Jalil Backer (AKAR)
- Lim Hong Siang (SAUDARA)
- Benz Ali
- Fakhrurrazi Rashid (REFSA)
- Ganesan Jeyabalan (MIICA)
- Paridah Ishak
- Dr. Mohamad Alinor Abdul Kadir
*(Profesional - korporat - NGO)*
- Amir Hamzah Amha
- Jais Abdul Karim
- Rosmayana Abu Rahim
- Datuk Dr. Leow Chee Seng
- Dr Mohamad Saleeh Rahamad

Grey Clouds


It has been a night of disarray 

as grey storms above me

darken my vision


I'll take that as a given

I know that tomorrow will be different.

a mystery behind my grief

As if it were a sedative


The march of grey  clouds 

shed me some light on lasting hope.


-seremban