Tebing Barat dan Jalur Gaza adalah merujuk kepada wilayah Palestin atau Occupied Palestine Territory (OPT). Kesatuan Eropah (EU), Makhamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menganggap Timur Jerusalam adalah sebahagian Tebing Barat yang diduduki oleh Israel (Occupying Power). Namun Israel telah menganggap seluruh Jerusalam sebagai ibu negara dan jajahan bebas.
Undang-undang ICJ pada Julai 2004 menyatakan bahawa wilayah pendudukan Israel adalah tidak sah dan bertentangan terhadap undang-undang antarabangsa, Namun pihak Makhamah tinggi Israel telah mengarahkan untuk mengekalkan pegangan wilayah Tebing Barat dibawah belligerent occupation dan dalam kes ini sebagai disputed territories . Pengambilan Israel wilayah Timur Jerusalam, Bukit Golan telah dibidas oleh Majlis Keselamatan UN di dalam resolusi 478 dimana menyatakan tindak tersebut adalah tidak sah (null and void) dan perlu dibatalkan.
Kerajaan Israel telah terlibat selama lebih daripada 35 tahun dalam penempatan semula warga Israel ke wilayah yang didudukinya akibat perang 1967 melalui pelbagai program bagi membolehkan penubuhan penempatan Israel di Occupied Palestine Territory (OPT). Kesahihan penempatan ini telah dicabar oleh pelbagai dan membawa kepada konflik (Palestinian Territories ,Wikipedia, 2012)
Israel berpendapat bahawa Konvensyen Geneva adalah tidak sah perkara berkaitan kepada OPT, tetapi jika penetapan itu sah sekali pun, penempatan Israel tidak melanggar Artikel 49 Konvensyen Geneva Keempat Menurut tafsiran Israel. Perkara 49 tidak melarang pemindahan sukarela penduduk dari negeri penjajah ke wilayah-wilayah yang diduduki .
Komuniti antarabangsa dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan sudut yang lain, memegang bahawa penempatan Israel di OPT adalah melanggar International Humanitarian Law (IHL). Di dalam Perkara 49 tertentu, Konvensyen Keempat Geneva, ini memandangkan dasar Israel adalah cenderung mempromosikan dan memudahkan pemindahan penduduk telah memainkan peranan penting dalan penciptaan dan pengembangan penempatan Israel kawasan OPT. Di samping itu Peraturan Hague dan Konvensyen Geneva ke- 4 'melarang sebarang pemindaha penduduk kuasa penjajah (occupied power) walaupun pemindahan sukarela, yang akan mengubah komposisi demografi wilayah diduduki
Wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff dalam laporan jawatankuasa khas menyatakan bahawa amalan pendudukan Israel menjejas hak asasi manusia rakyat Palestin di wilayah yang didudukinya Sebanyak 378 struktur pembinaan oleh rakyat Palestin telah di roboh dan sehingga kini sebanyak 222 buah rumah penduduk Palestin dimusnahkan di Tebing Barat. Penempatan haram diteruskan dengan 500 000 rakyat Israel tinggal di 150 penempatan baru di wilayah diduduki. Di samping itu tahap keganasan yang disaksikan sepanjang konflik tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak jugan dikorbankan. Undang-undang dan resolusi antarabangsa dilihat masih gagal menyelesaikan konflik ini.
No comments:
Post a Comment