Sunday, February 12, 2023

Islam dan Kemenangan

Beberapa kejadian melanda sebagai umat Islam perlu kita fikirkan. Insiden pembakaran Alquran amat menyentuh naluri, ada yang berang, ada yang sedih dan pula tidak memberi apa-apa kesan di hati. Pelbagai respon juga dilihatkan. Ada yang ptotes beramai-ramai, ada yang ambil tindak mencetak lebih ramai Quran dan tidak kurang perlu menganggap isu sebegini tidak perlu dibesar-besarkan. Ramai pula para yang mengulas, perlunya tindakan yang keras agar ia tidak berterusan, ada pula yang menegas agar kita perlu tenang dan menegur dengan adab yang sentiasa terpelihara. Apakah sebenarnya yang mencetus sehingga tindakan yang biadap ini ? Mungkin ini adalah persoalan yang perlu disoal dari dalam diri soalan muslim.


Ada yang mengatakan punca adalah politik. Protes sebuah negara terhadap  tindakan negara Islam  yang kurang disenangi. Lantas Quran dibakar, bukan kerana isu agama , tapi krisis geopolitik. Ini ada benar seperti dakwaan Samuel Huntington, bahawa krisis masa hadapan bukan lagi ideologi tetapi budaya.  Quran dibakar  bukan protes terhadap agama tetapi budaya, polisi , dan tindakan sebuah negara. Sebuah negara Islam, walau pun tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, memburuk pandangan orang ramai terhadap isi kandungan kitab Islam itu sendiri.  Jelas bole disimpul bahawa segala tindakan tanduk umat Islam itu sendiri menjadi cerminan imej di mata orang bukan Islam. Terlalu sukar untuk membuat  justifikasi bahwa apa kepincangan yang berlaku di dalam dunia Islam adalah impak ketidak patuhan terhadapan ajaran Islam itu sendiri.


Bila insiden pembakaran Quran berlaku,  kita menuduh tindakan mereka biadab. Itu tidak salah malah adakala wajar. Namun jarang kita fikir biadab umat Islam sendiri terhadap ajaran Islam. Dan baru - baru ini , kejadian musibah gempa bumi melanda umat Islam  di Turki dan Syria. Pihak bukan Islam menyatakan inilah balasan daripada tuhan kepada orang Islam. Sebagai Islam kita mungkin terdetik bertanya mengapa Tuhan tidak memberi  kemenangan dan berpihak kepada umat Islam. Sebaliknya   banyak peringatan terus dilanda kepada umat Islam. Jawpan ini perlu introspeksi dalaman diri oleh setiap Islam. Ujian mungkin tanda rahmat dari Tuhan. Ini mungkin juga tanda musibat jika kita enggan berubah mengambil iktibar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.  


Islam agama yang kian pesat dianuti oleh umat dunia. Apakah ini tanda Islam semakin kuat ?  Atau ini hanya ibarat buih-buih besar di lautan. Sesekali tidak niat untuk berpandangan sinis terhadap perkembangan ini. Islam bukan menang di sebabkan ia besar , ramai penganut dan gah. Islam  itu sendiri bermaksud kejayaan manusia dalam erti kehidupan yang sebanar iaitu akhirat. Dan di akhirat nanti yang menang itu tidak ramai. Mereka itu adalah yang benar-benar memahami dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Allahu A'lam.


No comments:

Post a Comment