Tiga fitnah paling besar di akhir zaman adalah fitnah atiesma ,
fitnah materialistisma dan fitnah zionisme. Inilah yang akan
timbul sebelum betul-betul dajjal akan timbulkan bentuknya.
Musuh kita akan sentiasa menyerang kita dari pelbagai arah dan sudut , tanpa mengira kita bersedia atau tidak. kita mungkin sedang membuat persiapan diri, dan mereka lebih awal menyediakan diri untuk menjatuhkan kita. Musuh kita kini yang terbesar bukan, senjata atau pedang , penguasa atau pencuri, tetapi musuh yang tidak dapat dilihat atau berbentuk abstrak tetapi musuh yang melahirkan pemikiran pemikiran yang negatif dan salah atau lebih dikenali sebagai MCS ( mind control slave). Kita akan menjadi hamba atau kuli kepada sesuatu yang mengawal seluruh minda kita , atau kita ibarat wayang kulit yang dikawal oleh tok dalang ( master of puppet).
Rasulullah pernah menceritakan tentang 4 sifat dan komponen penting dalam diri manusia. Pertama adalah aqliyah (akal yang berfikir) , kedua rabbaniah (emosi), yang ketiga dikenali syahwaniah (keperluan , perkongsian) dan wahmiah (angan-angan serta impian). 4 komponen menjadi asas utama pada manusia dalam menjalani hidupnya.
Manusia perlu membentuk sebaik-baiknya sifat ini untuk membentuk akhlak yang sempurna dan mulia (akhlak karim). Untuk akhlak yang sedemikian ia harus berjalan diatas landasan yang bernama keadilan. maksud adil ini adalah ia perlu ditimbang dan di neraca sebaik baiknya, jangan ia terlampau dan jangan pula ia terbelakang. Ini boleh juga ditakrifkan sebagai ifrad (lebih-lebihan) dan tafrik (terbelakang) . Maka itu mengendalikan 4 sifat yang dinyatakan di atas ia harus tidak menjadi terlalu ifrad dan penting juga agar ia tidak menjadi terlalu tafriq. Maka ia haruslah sewajarnya terletak di tengah-tengah, iaitu umat pertengahan dan sederhana ( ummatan wasata).
Harus lah kita gunakan akal pada timbang paling adil atau pertengahan, tidak menjadi terlalu ekstrim dan terlalu mundur. Tuhan menurunkan wahyu dan melantik rasul sebagai panduan dan bagi memastikan manusia tidak menjadi berlebihan (adil), contoh merasakan pendapat dirinya lebih hebat daripada segala apa yang yang diturunkan oleh wahyu. ia menjadikan pemikiran dia adalah segala-galanya dalam ruang lingkup kehidupannya. Inilah harus kita berhati dalam kehidupan kita, turunnya agama adalah untuk memastikan kita selaku manusia sentiasa berada titik tengah yang adil dan benar. Sebaliknya jika kita bersifat tafriq( kebelakang) ia akan menjadikan manusia terlalu jumud dan dan tidak mahu ada apa-apa perubahan dalam kehidupannya. Dalam kata lain ia bermaksud dalam menggunakan akal kita boleh memberi pendapat namun tidak sama sekali melampau wahyu Illahi dan suruhan Nabi.
Seterusnya sama juga tentang emosi (rabbaniah), maksudnya kita perlu sentiasa berada pada neraca yang adil (tidak berlebihan dan tidak terlalu berkurangan). Emosi yang berlebihan pasti bawa padah yang tidak baik pada manusia, begitu juga emosi yang tidak ada langsung, jadilah kita terlalu tidak berperasaan . Kita mungkin beremosi melampau sedang sesuatu itu hanya tentang perkara yang kecil, dan kita langsung tidak berperasaan untuk menegakkan kebenaran walau ramai yang melakukan penipuan. Inilah adalah penting terutamanya dalam mempertahankan kebenaran agama. Jika kita beremosi tafriq , apa musuh agama laku untuk memburukkan agama, tidak menjadi hal yang penting bagi kita.
Dari sudut syahwaniah (kehendak dan keperluan) , amatlah penting juga sentiasa tahu akan apakah ketetapan syariat . Ketetapan jalan tengah dan keadilan oleh agama ini adalah menjadi panduan manusia agar kita tidak berlebihan atau terlalu berkurangan dalam suatu perkara. Kita ambil contoh dan hubungan seks, Tuhan telah menetapkan asas dan syarat yang betul , tidak sama sekali Tuhan melarang keperluan asas manusia ini.
Setiap manusia juga mempunyai harapan , cita-cita dalam kehidupan. Tidak salah untuk mengejar cita-cita dunia contoh untuk menjadi seseorang doktor atau pensyarah. Cita- cita adalah suatu impian yang membahagiakan setiap manusia. Tiada pernah manusia bercita-cita sesuatu membawa derita kepada diri mereka. Manusia sering mengejar keinginan dunia namun akhirnya mereka masih belum menemui sesuatu yang membawa mereka kepada kebahagian. Sebagai Pencipta, sudah pasti Tuhan maha mengetahui akan apakah yang benar-benar akan membahagiakan manusia. Neraca keadilan yang benar dalam manusia meletakkan cita-cita dalam kehidupan telah dinyatakan dalam syariat untuk memastikan kita sentiasa berpijk pada bumi yang nyata.
Sekarang kita telah faham bahawa inilah sifat penting yang ada dalam diri manusia. Dan ini perkara -perkara yang perlu dijaga agar sentiasa berada di dalam landasan kebenaran dan keadilan (tidak melampau tidak berkurangan). Berlebih atau kurang akan hancurlah kehidupan manusia iaitu keselamatan dunia dan akhirat. Amat penting kita pastikan agar musuh kita tidak mengganggu atau cuba mencelarukan 4 komponen penting ini dalam diri kita ini. Agamalah yang telah meletakkan komponen pada neraca yang adil dan benar selaku manusia. Musuh kita sentiasa ingin membawa kita pada dua eksterm yang menghancurkan kita iaitu ifrad dan tafrik. Jika kini berada pada kedudukan ifrad dan tafrid bermakna kita telah berada dalam ancaman fitnah musuh kita (dajjal). Maka wujudlah elemen seperti ateisme ( tuan tidak wujud) materialism (hidup ini segala-galanya) dan zionisme (hidup berkiblatkan dajal) . Bukankah ini yang telah dijanjikan oleh syaitan :
“Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka. Dia (Allah) berfirman, “Ini adalah jalan yang lurus (menuju) kepada-Ku”. Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, yaitu orang yang sesat.” (QS Al Hijr: 39-42).
Tetaplah pada landasan yang telah ditentukan oleh agama. Supaya apabila wujud fitnah yang sentiasa cuba mengeret pemikiran ifrad dan takrik , kita sentiasa berada pada jalan yang betul. Ingatlah sentiasa tentang harapan dan doa kita di dalam Surah Al- Fatihah :
'Tunjukilah kami jalan yang lurus'. ( Al- Fatihah : 6)
No comments:
Post a Comment