Tuesday, July 27, 2021

TESIS

 

“Sejarah perlu diabadikan sebagai khazanah untuk generasi yang mendatang . Tanah yang bertuah ini sudah cukup dijaja dengan harga yang murah demi kekayaan yang sedikit. Kita perlu amik ikhtibar, tentang kisah sebuah negara yang dulunya hidup harmoni bersama, menikmati hasil sumber bumi dengan saksama namun bila wujudnya puak beragenda ekstrem dan mengenepikan kepentingan ummah, keadaan beransur bertukar kacau bilau dan tidak menentu lalu membentuk luka yang amat parah dan sukar diubati. Bila negara itu dalam keadaan ‘sakit dan tenat’ , mulalah ramai doktor-doktor , pawang dan bomoh  asing dari luar cuba datang menawarkan ubat-ubatan yang kita sendiri tidak pasti apakah adunan ramuan-ramuannya. Memang ini telah berlaku, dan akan terus berlaku, kerana pertemuan angin monsoon akan terus bertiup ,  guruh akan terus berdentum ,  hujan rahmat yang terus menghujani dan menyuburkan bumi ini dengan nikmat hasil yang lumayan.” Prof Alpha tidak putus-putus  cuba menjelaskan tentang masalah kajian yang perlu diselesaikan. Bagi beliau kajian tidak dapat membuahkan hasil yang tepat dan berkesan jika kita masih berlegar dengan masalah ranting , daun dan pucuk sedangkan tidak langsung tidak cuba menggali jauh ke dasar akar dan umbi.

“ Kamu faham apa yang cuba saya maksudkan ?” Prof Alpha menduga Kamal, seorang pelajar baru di bawah selian beliau dalam projek kajian explorasi qualitative berjudul “New Concept of Learning Nations”.

“Maksud Prof, kita harus melahirkan manusia atau warga  yang reseptif kepada lembaran-lembarn sejarah yang sekian lama memberi pelbagai tanda-tanda tentang  tahap  kesihatan dan denyut nadi negara.Jika mengikut teori learning yang dikemukan sebagai landas kajian ini, pertama seseorang itu dikata belajar dari sejarah lampau apabila dia bisa mampu mampu merasa kesilapan yang pernah dilakukan. Keduanya menyedari kesilapan lepas yang telah dilakukan dan kontribusi efeknya pada keadaannya sekarang. Dan ketiga adalah fasa tindakan , dimana seorang belajar dari sejarah akan tidak mengulangi perbuatan yang sama dan mencari jalan yang berbeza yang lebih baik, betul dan benar untuk mengubah keadaan kepada yang lebih baik” . Kamal memandang tepat kepda wajah Prof Alpha, dengan renungan yang mengharapkan kepastian daripada Prof Alpha.

“Ya ,Kamal  kamu mula memahami dapat nampak apa yang  cuba saya siratkan. Perubahan yang berkesan daripada warga baik pemimpin atau dipimpin bermula daripada satu istilah yang universal iaitu ‘Learning’. Tiada lagi dalam sejarah  peradaban manusia sebuah bagi bangsa atau negara yang bangkit maju selain daripada memahami atau belajar dari sejarah yang lampau mereka sendiri. Maka di sini dua faktor  penting yang perlu  dijadikan variable di dalam kajan kamu adalah konsep “Learnability” sebuah bangsa. Atau lebih tepat seperti pernah dibacarakan oleh Prof Senge dalam buku Avant Garde beliau the 5th Discipline iaitu istilah ‘ Learning disability’. Maka saya mengesyorkan kamu menggali lebih mendalam Learning disability kaum atau bangsa yang  menjadi  sample  dalam kajian kamu.” Kata-kata Prof Alpha ini memberi sinar jalan baru kepada Kamal dalam navigasi kajian yang agak sudah lama terbengkalai ini disebabkan wabak pandemic yang kini tenat melanda.

 

Oh ya Prof Senge, kebetulan saya juga  masih menelaah buku yang Prof katakan itu. Prinsip 5 disiplin yang dikemukan beliau juga saya rasa mempunyai asas model yang kukuh untuk melandasi kajian saya. Saya cuba juga mengaplikasi model topologi Dr. Orten yang menegaskan bahawa untuk menjadi sebuah instituisi yang mampu belajar untuk terus membangan adalah  bergantung kepada faktor struktur atau susnan bangsa yang dibentuk dalam sebuah negara itu. Climate yang harmoni harus dibentuk agar supaya struktur itu dibentuk atas landasan kesatuan yang benar” ujar Kamal dengan yakin namun masih mengharap bimbingan minda yang betul daripada penyelia beliau , Prof Alpha.

 

“Struktur bangsa merangkumi pelbagai aspek, bukan saja dari segi politik, tapi bagaimana dari sudut eknominya, dari sudut sosiologinya dan apetah lagi undang-undang keadilan nya”, kata Prof Alpha cuba menavigasi pemikiran Kamal. “Strukur adalah adalah rangka binaan sebuah bangunan yang dibentuk oleh warga berlandaskan peradaban yang sedia ada. Struktur adalah batu -batu asas yang perlu disusun dengan rapi agar bangunan dibina itu tidak runtuh dituip angin yang kencang atau gempa bumi yang dasyat. Jadikah apakah menjadi dasar sebuah struktur yang mapan ?  Di sini saya melihat apakah prinsip atau disiplin disebalik struktur itulah yang perlu menjadi persoalan utama sekarang ini. Ini adalah persoalan apakakah  batu -bata  yang perlu membentuk struktur itu.  Maka saya mudah kan sebgini, asasnya adalah prinsip,  yang kemudiannya membentuk struktur pengurusan yang betul . Namun ingat,  pengurusan itu hanya tangga yang perlu didadaki  untuk melihat kejayaan disebalik tembok,  disini pemimpinlah yang menentukan untuk menyandar tangga itu pada dinding tembok yang betul. Usaha sebuah bangsa menjadi sia- sia jika disandarkan kepada natijah yang tidak inklusif dan salah. Ingat kembali tujuan asal kita, untuk melahirkan  bangsa yang mempu belajar baik dari sejarah dan salah lampau sediri atau bangsa lain. Bila masalah learnabilty dan learning disability dapat diselesaikan, kita mudah membina citra model bangsa yang dikira pembelajar yang tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tidak hanya berakhir disitu sahaja, tapi pembelajar triple loop learner!.

“Ohh bukankah itu  teori Kolb , Prof ? Triple Loop Learning di dalam konsep Organization Learning?” Kamal menduga. “ Single Loop adalah tahap pemikiran seorang pembelajar diaras palinng rendah, tanpa mendalami unsur-unsur tersirat dan alami. Belaja melihat hanya yang nyata dan mencari jalan yang mudah dan singkat menyelesai sesautu masalah. Manakala double loop pula setahu saya pembelajar yang mampu mempersoalkan teori sediada ada dan cuba melangkau norma sedia ada untuk mendapat paradigma yang baru dan lebih jelas. Jadi bagaiman dengan triple loop pula , Prof? Adakah kajian saya ini perlu mecapai objektif bangsa pembelajar tahap triple loop ?” , kata Kamal dengan penuh tanda tanya.

“Triple Loop learning itu adalah adalah pembelajaran transformatif, mampu menjelajah jiwa maknawi  dan bertindak terhadap intipati pengajaran dalam pembelajaran. Bukan hanya daripada pengalaman diri sendiri malah daripada pengalaman orang lain ..…..” Inilah perkataan  terakhir diungkap yang  masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Kamal sejak sesi penyelian kertas kajiannya. Prof Alpha tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ungkapan itu dan mahu beliau  melalui proses pemahaman itu sendiri.

 

xxxxxxxxxxx

Beberapa hari Kamal tekun menyibak helaian -helain buku dalam meneruskan kesinambungan tesis beliau. Dia sering terfikir tentang dan istilah-istilah yang dibincangkan sejak pertemuan terakhir dengan Prof Alpha. Dalam hati kecil Kamal ,beliau sering berkata adakah matlamat untuk cuba memahami learnability  bangsa negara sendiri itu satu yang mustahil untuk digarap bila makanisma learning itu sendiri telah tumbuh dari benih penjajahan fizikal dan minda yang sekian lama. Apakah pelbagai bangsa telah membentk struktur yang rapuh dan akan berakhir pertelagahan yang tidak usai sudah. Kini Kamal resah dengan kondisi negara yang diduga dengan wabak pendemik yang dikeruhkan oleh percaturan politik, ekonomi masyarakat yang lelah dan persespsi sosial yang bercelaru. Apakah perkaitan terhadap learning nation terhadap  rentetan-rentetan insiden yang sedang menggumul ini? Apakah learning yang dapat dicetuskan oleh bangsaku terhadap ujian-ujian yang melanda satu hari nanti akan juga menjadi lipatan sejarah yang bakal dikendong oleh gnerasi masa akan datamg?

Fikiran panjang itu telah dipecahkankan dengan laungan azan menandakan masuk waktu solat maghrib. Kamal berhenti sebentar dari lamunan dan persoalan. Setalah usai menunaikan solat fardhu Kamal menyambung bacaan dan tadabur beberapa ayat Quran dari baris-baris terakhir yang telah dihafaz.. Setelah merenung tajam  baris-baris ayat daripada Surah Taha ayat 99, fikiran Kamal mejadi hening seketika. Dibenak Kamal terngiang kembali ungkapan terakhir Prof Alpha semasa sesi penyelian yang lepas.

Di dalam benak Kamal berkata., “ Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Prof Alpha tempoh hari..”

Kamal merenung jauh dan berfikir panjang  sendirian di kaki sejadah.

 

 

 

No comments:

Post a Comment