Wednesday, February 5, 2020

Malam Pertemuan



 Malam Pertemuan 

Tidak mungkin sekali dilupa
malam itu,
Dalam payah lelap dan
nafas tidak sekata,
DiriMU hadir dalam
gelita pejamnya mata.

Pasti tidak sekali dilupa
janji ku malam itu :
'Tidak ku bukakan mata selagi nafas ini masih menyala'.

Sungguh tidak sekali dilupa
Dalam samar-samar gelap,
DiriMu menyahut :
'Bahawa kau di situ tanda AKU
ingin jemput kau pulang'.

Dalam mengalir linangan
ku terus  dengari lagi sahutan MU:
Hiruplah baki nafas dengan sebaiknya,
Nafas itu akan makin lelah dan
matamu  tidak akan  lagi soroti  fana dunia, dan tika itu,
AKU menantimu di Sana. 


seremban , 2020

No comments:

Post a Comment