Saturday, July 30, 2011

Bertanya Tentang Tuhan

Assalamualaikum Ust.


Saya Shamyl, pasti Ust tak kenal saya. Saya antara pembaca buku penulisan Ust , 'Bertanya Tentang Tuhan'. Saya amat tertarik pada judulnya lantas tanpa berfikir panjang terus membeli. Pengalaman membaca dan 'mengembara' bersama Ust amatlah berkesan sekali dan saya merasakan ia sebuah buku yang cukup baik dan mudah difahami . Ia menjawap banyak soalan dari dalam diri saya, banyak membuka hati dan minda saya dalam menelusuri hidup kini yang kian lupa berbicara tentang Tuhan.


Hidup yang pancaroba kini , amat sukar untuk merasakan diri sebagai seorang hamba. Apatahlah lagi untuk tekun mematuhi ajaran Nya yang benar ini. Mungkin perjanjian roh dengan Tuhan sautu ketika dulu merupakan episod penting yang telah lama dilupakan dan tidak layak dibincangkan bersama ketinggian intelektual masa kini. Seperti yang Ust ceritakan , perjanjian yang dilupakan, walaupun telah dipesan oleh komander, dan bila terjun ke hutan itu , ramai mereka terpesona dengannya hingga ada yang tersangkut duri dan ada yang berpaling tadah.


Mungkin saya lupa selama ini bahawa Tuhan itu dekat,Sebaliknya saya sendiri yang selama ini menjauhkan diri dari Nya oleh sebab kejahilan .Bila mengetahui dan diterang oleh Ust bahawasanya Tuhan itu dekat, ia adalah berita gembira pada saya dan memberi beri semangat pada orang seperti saya yang masih terkial-kial untuk mengenal dan mencari Tuhan.


Saya bersyukur kerana diberi peluang membaca buku 'Bertanya tentang Tuhan'. Saya berterima kasih kerana Ust kerana bersama saya sepanjang perjalanan itu, Kini saya merasakan panggilan saya semakin disahut dan dijawap oleh Tuhan dan menyedarkan saya perlu banyak bertanya dan mencari lagi.


Mungkin kita boleh berjumpa dan berbicara panjang lagi . Banyak soalan yang terus bermain di fikiran saya
yang masih mahu Bertanya Tentang Tuhan.


Wasalam.
25 Jul 11, Seremban.

No comments:

Post a Comment