Friday, January 1, 2010

2010


Slamat Tahun 2010. Saya menutup buku 2009 dengan mengharungi deman yang panjang. Hingga malam 31 , saya masih lesu dan tidak menunggu detik coutdown 12 malam. Tulisan ni pun dicatat pada jam 5.35 pagi apabila terjaga jam 0500, tersedar yang solat Isyak masih terbengkalai.

Resolusi tahun baru saya terlewat 5 jam. Tapi tak pe, kata org better late than never . Pertama setelah merasa deman hampir seminggu, saya akui bahawa sihat yang baik itu kurnia dan nikmat yang amat besar. Hampir semua kerja-kerji saya tergendala. Gejala yang saya alami :

1. Selera makan hilang.Meski KFC.
2. Hilang nafsu berkerja. Buat ape je jadi betul.
3. Fikiran tak mampu banyak berfikir.

Jadi, teringat kembali tentang gunakanlah sihat sebelum sakit. Bile dah sakit semua tak jadi. Kedua pada tahun ni saya mahu berpegang kepada keyword yang pernah saya saran pada diri sendiri iaitu :

1. Fokus
2. Serious
3. Masa

Dan saya merangkak ke 2010 dengan doa :

Tuhan, terlebih dahulu pinta dan maaf kerana dosa yang banyak. Dosa yang pernah dikesal tapi diulangnya lagi. Dosa yang tahu tapi dibuatnya jugak. Tuhan, saat sebegini terasa begitu kecil dan tidak dayanya diri untuk mengemudi diri melainkan AnginMu yang memimpin. Tuhan untuk sekian kali, hamba mu ini cuba mengoyakkan helaian mukasurat lepas, untuk memulakan catatan yang baru. Ya Tuhan, pada catatan kali ini hambaMu ini sedaya mungkin berjanji untuk untuk memenuhi cerita-cerita yang lebih baik .Insyallah.Amin

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    ReplyDelete