Aku salute kat pejuang merdeka negara ini. Dia orang memang betul –betul perang, sakit dan derita masa tu , diaorang berkorban, bagi nyawa diaorang sebab terlalu sayang tanah air ini . Aku cuma nak pesan, kalau boleh , sikit pun tak apa, busuk-busuk pun kita semua jagalah negara ni. Aku memang tak penah duduk luar negera, tapi aku dapat rasa Malaysia tak macam kat negara lain, aman dan seronok .
Ini bukan suruh jadi askar , kadang askar tak patriot mana pun. Cuma kalau kita tak buang sampah rata-rata dah kira kita ini perwira negara. Kalau kita tak jadi pencuri, gangster, samseng , Ah Long atau perogol pun kita dah kira jadi perwira negara. Kalau kita tak rosak conteng tandas dan telefon awan pun dah kira kita boleh jadi perwira negara. Sekarang ni bukan susah susah nak jadi wira negara, tak payah nak bersenapang dan berpistolan lagi .
Aku bukanlah patrio sangat pun, tapi kalau orang kutuk negara ni , aku pun bengang jugak, walau pun kadang aku sendiri pun mengutuk . Aku tahu negara ni banyak bangsa, banyak fahaman, tapi bila bersama kita tak la pulak kutuk direct sama sendiri , hina sana sini , nak buat pun belakang-belakang saja. Benci menyampah dengan jiran sebelah pun tapi bila jumpa senyum jugak. Itu yang unik negara ini.
Ingat dah tak tau nak kata apa lagi. Kadang tertanya kenapa aku lahir di negara yang amam macam ni, kenapa tak kat Palestin , kat Bosnia , kat Iraq ke. Jadi aku perlu banyak bersyukur. Terima kasih pada Tuhan kerana lahirkan aku di tempat yang aman dan seronok macam ni. Aku dapat hidup dengan sempurna, dapat bersekolah, beruniversiti, berfamili, bermakan sama-sama dan kadang -kadang bersembahyang sama-sama.
Hepi birthday Malaysia. Awak dah 52 tahun. Banyak dah berubah dari dulu. Sekarang ni awak lebih hensem dari dulu. Dulu awak banyak bergolak tapi sekarang tenang hadapi ombak. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa kat awak untuk harijadi ini.. Cuma satu aku boleh bagi atau janji ……diri aku menjadi penghuni yang baik. Itu saja. Merdeka !