Kisah ini cerita si miskin yang
mencari sebuah teori baru sebagai landas hidupnya. Dunia si miskin adalah
gelandangan, mencicip sisa sarap dan bergelumang dengan segala segi penyakit
kronik. Kebiasaan dengan kelaparan membentuk diri si miskin yang keting dan
kurang segala segi gizi vitamin. Matlamat hidup si miskin adalah mencari
hipotesis bagi merangka teori baru untuk kelangsungan hidup. Bagi si miskin
antara kaedah yang dipraktikkan adalah tidur selepas kenyang agar dapat
bermimpi di alam yang berbeza iaitu alam gelap dan hitam. Ini juga filosofi
baru yang boleh digunakan pakai, tidak diharap hidup yang sofistikated serba mewah, cukup sekadar mimpi tentang gelap
hitam yang sering mencetera hikayat yang indah’.
Miskin kedana adalah bahagia bagi
si miskin di bumi yang bersifat tidak
orasinil. Kaya raya adalah resah yang panjang
bagi planet bumi kutub barat yang bersifat fana. Maka apa bezanya kedua darjat senang dan susah. Mana yang wajar dipilih. Si
Miskin bukan tidak mahu kerah keringat lagi kerana hidup lampaunya penah
bergelumang dengan untung berbilion dollar. Dulu semasa memiliki segala
kemewahan, si miskin seorang yang saintifik. Padanya segala-galanya perlu
penerangan metamatik yang menyokong. Segala yang berlaku ada benih will
dalam diri seorang bernama makhluk. Tindakan daripada makhluk menentukan takdir
kehidupan. Tindakan adalah bersumber daripada keputusan diri. Keputusan diri
itu sendiri dicanai oleh ilmu dan pengalaman seorang makhluk. Ini kepercayaan si miskin antara dulu dan
sekarang dalam mencari teori landasan baru hidup di bumi kutub barat.
Ini kisah hidup si miskin sebelum
gelandangan. Bisnis digital yang
menerobos kepandaian buatan ranap punah kerana turnover tinggi pekerja
yang terdiri daripada data-data saintis. Gaji mereka tidak mampu dibayar kesan
pandemic sesak nafas yang melanda metropolitan bumi di kutub barat. Pandemik sesak nafas itu umpama batu besar
meranap empayer bisnes si miskin yang akhir-akhir itu semakin renta dan uzur.
Dunia digital perlukan ilmu analitik bagi memanipulasi big data. Maka
jika big data digunakan sebagai analitik untuk eksploitasi kepandaian
tidak mempunyai data base Artificial Intelligent , maka hanya menunggu
saat ranap punah. Ibarat gunung berapi yang tanpa mampu menahan gejolak lahar
yang diciptanya sendiri. Inilah analogi si miskin tentang sejarah hitam bisnes
digitalnya. Menurut si miskin bisnes punyai jangka hayatnya sendiri, maka
polisi yang terbaik adalah untuk
melakukan exit sebelum keadaan tidak mampu terkawal. Kini si miskin
memilih gelandangan di tengah metropolitan Kutub Barat sebagai ruang kehidupan
barunya.
Maka mengapa harus gelandangan
dipilih sebaga jalan baru mencari teori baru. Bagaimana dengan landas falsafah
bahawa takdir hidup terletak pada tangannya
sediri, bukankah kaya dan mewah itu menjadi kehidupan lebih maju dan sihat.
Bukankah gelandangan melahirkan segala
segi penyakit seperti sopak dan kudis . Lebih kronik lagi gejala gila babi bila otak telah dipenuhi toksik urea. Fizikal
makhluk difungsi oleh 74 organ yang membuat terus bernafas. Si miskin keras berteoritas, ‘Hidup
adalah proses kemusnahan fizikal , maka bila fizikal rosak, roh juga terlibat, akal
pun turut terkesan’.
Si miskin flashback ketika
empayer kaya raya bisnis digitalnya kian merudum , beliau telah menghidap penyakit malfungsi
organ fizikal yang dikenali Cacat Kronik Dungu atau CKD. Kesan penyakit ini
menyebakan si miskin sesak nafas dan bengkak tubuh badan dan jika lebih kronik
hilang daya ingatan yang menjurus kepada gila babi. Gila babi adalah indikasi
apabila toksin telah telah mencapai tahap 5 penyakit CKD.
Bila hilang ingatan disebabkan
gila babi, menurut si miskin kita sudah menjadi
makhluk yang tidak dinlai prestasinya, tidak perlu ada KPI yang perlu dicapai
untuk mendapat sebarang anugerah. Mungkin juga status gila babi buat seorang makhluk lebih bahagia untuk meneruskan hidup di
gelandangan bumi Kutub Barat.
Peringkat awal penyakitnya, si
miskin melalui proses kemurungan kronik bila diagnosis CKD hasil daripada ujian
darah merah. Hospital robotik telah mengesahkan kepada si miskin bahawa beliau
telah menghadapi CKD tahap 4 dan pada tahap ini adalah irreversible.
Mana mungkin bila toksik memuncak di ruang cerebrum hanya menunggu gejala gila babi.
Kemudiannya ia akan merebak ke jantung dan mengakibat sesak nafas. Berulangkali
Doktor robotik menjelaskan dengan mudah dan jelas. Si miskin yang diam
mengangguk.
Di saat selepas itu, kehidupan si
miskin telah beralih landasan. Siang hari dirasakan gelap gelita dan malam
adalah resah bila nafasnya sering
terputus-putus , terjaga terkial mencari corong oksigen bantuan. Si miskin
merasakan seperti dilahirkan kali kedua
dalam kutub yang berbeza dari dulunya. Jauh berbeza sekali kerana dunia
baru ini matahari akan terbit di kutub
barat. Di kutub ini si miskin merasakan ilmu epistimologi digitalnya di
peringkat PHD kurang membantu untuk mencari jalan penyelesaian. Kepakaran teknikal analitik
gagal memberi jawapan kukuh tentang gejala yang sedang dialami. Pernah sekali
si miskin cuba mencipta vaksin menggunakan kaedah pensampelan beberapa jenis
gizi namun pangkalan data AI menghasilkan keputusan data yang keliru. Capaian
Big Data beliau amat mengecewakan
dan mengalami disrupsi teknologi . Silap nya dahulu, bila si miskin memulakan keusahawanan digital menggunakan kaedah alam maya yang penuh bakteria dan virus-virus
minda tidak berprinsip.
Pada satu malam yang menyentakkan
si miskin. Ia berlaku semasa terlantar di hospital robotik di kutub barat
tengah. Setelah agak lama berada di katil wad CKD disebabkan gejala semakin
mengkronik, si miskin mengalami gejala tekanan darah ultra rendah. Mesin robotik
BP mencatat sistolic 20 dan diastolic 10 . Pakar perubatan robotik telah memasukkan cecair noredenanelin
kuasa tinggi untuk si miskin menghela
nafas yang stabil . Namun kesan sampingan cecair tersebut memberi kesan gila babi
yang lebih cepat dan ketara kepada beliau. Nafas si miskin semakin resah, suhu
badan meledak tahap gunung berapi. Hingga ke saat itu , si miskin hampir sepurnama
tidak dapat melelapkan mata dan keseimbangan badan dan minda semakin bercelaru.
Tahap antibodi mencatat zero membuat si
miskin mula meracau sendirian. Terkumat kamit lidah si miskin merintih,
pegangan landasan saintifik beliau selama ini menemui jalan buntu untuk menenangkan akalnya.
Dan pada satu malam yang aneh, di
katil wad robotik, si miskin cuba memajamkan mata sekejab mungkin, dan
bertarung untuk meghela nafas sepanjang mungkin. Si miskin cuba menangkap zarah-zarah
udara agar otaknya dapat berfungsi dengan waras. Di dalam gelap terkatupnya
mata , si miskin dihalusinasi sebuah cerita yang samar dalam
ruang pudar gelap. Dia cuba memahami maksudnya namun gagal. Matanya masih ketat
dan rapat tertutup, dan enggan membukanya selagi tidak memahami apa yang dialami
itu. Si miskin bertekad, selagi mampu bernafas biarlah dunianya hanya sebuah
warna hitam. Dia bahagia dengan kesamaran ini daripada warna-warni dunia celik yang tidak
memberi sebarang jawapan. Di ruang samar gelap ini si miskin meraskan dia tidak
perlu mencari penjelasan saintifik untuk kekal hidup di kutub barat. Biarlah
hanya perlu fikirkan sudut gelap gelita ini , tidak perlu melaksanakan proses
pengasingan big data saintifik. Bagi si miskin biarlah semua terkumpul
dalam satu kosmos dan menjadi makna yang
bakal terbongkar kelak.
Semakin dalam hela nafas si
miskin dan semakin jelas tentang segaris cahaya berjaya diasingkan daripada
kosmos yang gelap itu. Dan dengan tiba-tiba si miskin terbangun dari katil , dengan
nafas yang tercunggap -cunggup. Si miskin teriak sekuat-kuatnya , ‘ aku dah jumpe,
aku faham dah semuanya ! ‘ sambil memeluk erat doktor robotik yang berada di
sebelah katilnya.
Kini si miskin telah kembali ke
ruang gelandangan, menghitung toksin urea yang bakal memenuhi ruang
tubuhnya. Doktor robotik memaklumkan si
miskin masih diberi peluang untuk hidup dan dibenarkan discaj dari wad. Doktor
robotik berpesan, ‘ apa yang anda penuhi dalam minda menentukan paras morbiditi
diri kamu, jika banyak virus warna warni cuba kau proses dalam minda, maka penyakit CKD kamu akan semakin membarah.
Sehingga kini , si miskin masih
memikirkan tentang malam di wad robotik tempoh hari. Si miskin berkata pada dirinya sendiri, ‘Dalam
kegelapan itu, yang cuma aku temui hanyalah titik-titik cahaya. Ini tidak mungkin aku
temui jika dalam terang benderangnya warna warni.’
Mulai dari itu, si miskin mula
melakar teori digital baru, sambil memecat semua saintis-saintis data semasa di
alam warna-warni. Kini si miskin mula
melantik artis-artis data sebagai pendokong kuat untuk bersama-samanya membina empayer baru bisnes di alam gelap gelandangan.
No comments:
Post a Comment