Gadis itu ingin menpelajari islam dan kehendaknya utk lebihi mendalami islam amat kuat. Hingga beliau ambil keputusan untuk lari ke negara lain.
Setibanya di malaysia, gadis itu telah menemui seorang berbangsa cina yang ambil berat tentang dirinya. Mereka saling menyayangi dan telah mengikat hubungan dengan perkahwinan dan dikurnai anak.
Sepanjang perkahwinan gadis itu hidup bahagia, dan berpeluang pelajari islam. Hingga satu ketika dia mengajak suaminya bersama sama memeluk agama ini. Namun suaminya menyatakan bahawa beliau belum bersedia dan berjanji tidak menghalangi utk isterinya memdalami islam dan memeluk agama tersebut bersama sama anak anaknya.
Dan akhirnya dan gadis itu dan ank anknya telah memeluk islam setelah sekian kalinya mengajak bersama sama. Namun suaminya tiada berhalang dan menyatakan beliau belum bersedia. Gadis itu amat menyayangi suaminya kerna belia seorg laki yang bertanggunjawap dan penyayang terhadap keluarga.
Apabila telah memeluk islam , atas arahan makhamah gadis tersebut terpaksa berpisah dengan suaminya disebabkan undang undang keluarg tidak membenarkan perbezaan agama. Dengan hati yang berat, gadis tsb telah bepisah dgn suaminya demi memikirkan agama dan ank2 yg dikasihinya.
Hingga kini telah lama berpisah, gadisnya tidak berputus hubungan dengan bekas suaminya dan ank ank masih berjumpa dengan bekas bapanya dan amat menyanyangi bapanya. Bekas suami itu masih memberi nafkah kewangan utk menampung kehidupan gadis itu dan pendidikan ank anknya.
Jauh disudut hati gadis itu, dia berdoa dan berharap sautu masa mereka akan di satukan semula sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Terlalu byk ujian yang memungkinkan gadis itu bertanggapan tidak baik terhadap agama ini. Gadis itu hilang keluarga disebabkan sygnya pada islam. Dan gadis itu juga hilang seorg suami yg amat di sygi disebabkan patuh pada agama islam yang dicintai. Terlalu hebat gadis ini dapat melalui semua ujian ini tanpa sedikit berpandangan buruk terhadap agama ini.
Tanyalah kembali pada diri kita.. sejauh mana kita sentiasa berpandangan baik terhadap ujian hidup yang kita lalui.
11 nov 18 seremban
No comments:
Post a Comment