Monday, August 12, 2024

bayangan ghaib

Kita telah jalani hidup dengan tujuan yg jauh dari paksi kebenaran. Apa yg diajar, kita harus mengejar dunia dan meraih segala kenikmatan yang zahir di depan mata.

 Namun selaku manusia, kita tidak dpt lari dari naluri keghaiban ttg wujudnya pengertian yg lebih dalam ttg kehidupan. Cthnya, dgn khusyu kejar kekayaan kita masih saja akan merasakan kekosongan dalam diri dan pencarian itu tidak pnh smpi kpd titik puas dan tenang yang selama ini kita cari. Apakah lantaran cuba dibisikkan oleh naluri kita yg sebenar? Sudah pasti ade yg tidak kena dengan kaedah, persepsi dan pemikiran yg digunapakai dalam kehidupan seharian kita.

Penciptaan adalah sst yg menjauhkan kita kepada pencipta dan kebenaran. Kebenaran akan terserlah bila satu per satu penciptaan dilenyapkan dan kita akan mula melihat sesautu di sebalik hijab atau yg ghaib itu. Maka dengan cari menambah kekayaan dunia hanya akan menjauhkan kita melihat byg2 disebalik hijab itu di dalam kehidupan ini. Hati2lah bile kita mula cenderung akan cintakan dunia. kerana di saat itu  kita mula lenyap ingatan terhadap betapa sementaranya hidup. Dan lebih malang lagi, lupa akan pertemuan kita dengan Sang Khaliq utk perbicaraan makhamah kehidupan.

Di Jalan Lurus Yang Hilang

Separuh perjalanan hidup
dalam hutan gelap,
di jalan lurus telah hilang.

Sukarnya untuk menceritakan
Betapa liar,kasar dan keras rimba ini,
memikirinya ketakutan ku tidak pnah reda.

Pahitnya, hampir seperti kematian
Ketika aku telah meninggalkan jalan yang benar.
Sesampai di kaki gunung,
di mana lembah itu berakhir,
menusuk hatiku dengan kegentaran,

Aku memandang ke atas,
Puncak diselubungi cahaya planet
Yang memimpin orang lain dengan betul di setiap jalan.

Dan seperti orang yang nafasnya tersengal-sengal,
Keluar dari laut ke pantai,
Berpaling untuk memandang air berombak bahaya itu;
Lantas berbisik suara hati:

"Begitulah jiwaku, yang masih saja melarikan diri,
Berpaling untuk melihat kembali jalan,
Yang belum pernah ditinggalkan oleh
Setiap insan hidup penghuni alam."