Pada 2 November 1917,
setiausaha luar Britain, Arthur Balfour, menulis surat yang telah cetus konflik
yang terpanjang di dalam sejarah dunia. Beliau
setuju gagasan penubuhan negara Yahudi dan kerah segala usaha untuk capai
objektif ini. Ini adalah kisah janji British kepada Yahudi yang membawa kepada
kemusnahan Palestin. Apakah yang buat British
janjikan negara orang lain kepada
Yahudi ? Semasa Perang Dunia I , British membuat banyak janji termasuk menjanjikan
tanah air kepada Yahudi di Palestin.
Mereka juga menjanjikan kemerdekaan kepada
Arab jika mereka bangkit menentang musuh Britain pada waktu itu iaitu Empayar
Uthmaniyyah. Emapayar ini perlu dijatuhkan untuk realisasi hasrat ini. Ini
kerana Palestin pada waktu itu masih di bawah empayar Uthmaniyyah.
Sebulan selepas surat Balfour,
tentera British mengambilalih Palestin yang akhiri 400 tahun pemerintahan Uthmaniyyah. Penduduk
yang menetap di sana adalah orang kebanyakan Arab beragama Islam, minoriti Kristian
dan Yahudi. Yahudi di Eropah mengalami penganiayaan yang dahsyat. Mereka
merasakan Palestin boleh menjadi sebuah tempat untuk mereka melarikan diri. Idea membina negara Yahudi ini dikenali sebagai Zionisme.
Ia adalah gerakan pinggiran di kalangan Yahudi Eropah yang merasakan perlu
sebuah negara untuk mengelakkan penganiayaan berterusan
Theodore Herzel ialah
seorang yang penting dalam usaha Zionisme. Tahun1896 beliau menerbitkan buku
‘Jewish State’ . Di dalamnya beliau kata satu-satunya cara bagi orang Yahudi
untuk mengelakkan anti-semitisme adalah bukan
sahaja meninggalkan Eropah tetapi untuk mempunyai negara sendiri. Herzel menganjurkan persidangan Kongres Zionis
pertama di Switzerland. Para hadirin bersetuju dan gerakan Zionis menjadi sangat aktif . Dana
disediakan untuk mempromosikan imigrasi Yahudi ke Palestin. Banyak syarikat mula
membeli tanah di sana dan merekrut wakil untuk menyokong tujuan mereka. Ramai
pegawai tinggi British menyokong Zionisme. Perdana menteri Lloyd George percaya mengumpulkan
orang Yahudi di Palestin akan membawa
Yesus Kristus kembali ke bumi tersebut. Menurut
Balfour pula, keluarkan orang-orang Yahudi dari Eropah dan masuk mereka ke
negara sendiri menjadi perkara yang baik. Herzel juga menulis bahawa Eropah akan menjadi sekutu sementara mereka. Zionis turut memberi
jaminan kepada Britain bahawa mereka akan menjadi sekutu yang boleh dipercayai.
Sekarang kita akan melihat
bagaimana Britain melakukan rancangannya. Perang Dunia I telah menjadi konflik
dan saingan antara empayar. Negara yang menang dalam perang menubuhkan Liga
Bangsa-Bangsa untuk mengagihkan wilayah pihak yang kalah sesama mereka.Mereka
melaksanakan sistem mandat, meletakkan wilayah yang pernah dikuasai oleholeh
empayar Uthmaniyyah dan Jerman di bawah pentadbiran mereka sehingga dimerdekakan.
Britain telah diberi mandat ke atas Palestin, tetapi rakyat Palestin tidak
pernah ditanya tentang bagaimana rancangan kemerdekaan bagi mereka. Sebaliknya,
British berunding dengan pihak Zionis tentang visi mereka untuk tanah Palestin. British
sangat akomodatif dengan projek Zionis. Masyarakat Yahudi di Palestin
berkembang dengan gelombang penghijrahan yang besar. Mereka mempunyai sekolah, kilang dan militia mereka sendiri iaitu Haganah.
Rakyat asal Palestin jelas diabaikan Britain, tiada niat untuk memberikan mereka kemerdekaan sebaliknya menyampaikan negara
mereka kepada orang Yahudi. Pada tahun 1936, rakyat Palestin melancarkan mogok.
Tentera British mematahkan serangan dengan penangkapan, penyeksaan, hukuman
besar-besaran dan hukuman mati. Pemimpin Palestin dibuang negeri, senjata dirampas dan rumah diranapkan.
Pejuang Palestin terusan menyerang
British dan Yahudi, manakala tentera British dan Haganah melakukan
serbuan bersama ke atas perkampungan Palestin dengan zalim.
Keadaan jadi semakin
genting. Kerajaan British menghantar satu suruhanjaya yang dipanggil Peel untuk
cari jalan selesai, tetapi penyelesaian yang dicadangkan mereka adalah tipikal :
sekadar lukis satu lagi garis pada peta
membahagikan negara kepada bahagian Palestin dan Yahudi. Meski rakyat Palestin adalah majoriti, 250,000
daripadanya perlu dikeluarkan secara paksa untuk menjadikan negara Yahudi yang
maju. Sebaliknya, pemberontakan berterusan sehingga tahun 1939, pada masa itu
kira-kira 10% populasi lelaki Palestin telah dibunuh,
dicederakan, ditangkap atau dibuang negeri.
Kerajaan British fikir
kaedah untuk penyelesaian konflik ini. Kertas Putih 1939 mencipta konflik antara
British dan Zionis untuk kali pertama. British gariskan jalan penyelesaian dengan
janji pada Palestin kemerdekaan dalam
tempoh 10 tahun, dengan semua pihak tinggal dan berkongsi negara bersama-sama.
British juga mengenakan had yang ketat ke atas orang Yahudi untuk pembelian
tanah dan pelepasan imigresen. Zionis merasakan ini satu pengkhianatan.Sebagai tindak balas, mereka
melancarkan perang di seluruh negara, membunuh rakyat Palestin beramai-ramai.
Namun tidak lama kemudian, semua
terganggu oleh sesuatu yang lebih besar. Lebih daripada 60 juta orang
terbunuh dalam Perang Dunia II, termasuk 6 juta orang Yahudi dibunuh di kem
kematian Nazi. Orang Yahudi yang terselamat melarikan diri dari Eropah dengan
sebilangan besar daripada mereka cuba mencari keselamatan di Palestin, walaupun
British menghadkan imigrasi Yahudi. Ini mencetuskan konfrontasi yang lebih
langsung antara Zionis dan British. Rakyat Palestin sering menjadi sasaran
juga.Dari segi ketenteraan, Yahudi lebih kuat daripada Palestin. Britain juga keletihan
akibat Perang Dunia II, maka mereka tidak lagi berdaya untuk terus berjuang di
Palestin. Pada tahun 1947, selepas 30 tahun pendudukan, Britain mengumumkan ia
akan keluar dari Palestin dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
membersihkan masalah yang ditinggalkan.
Semasa pemerintahan
British, orang Yahudi telah meningkat dari 10% kepada 30% daripada populasi dan
memiliki kira-kira 6% tanah. Di bawah pimpinan Ben-Gurion, Yahudi mempunyai
puluhan ribu askar, senjata moden dan pegawai yang telah bertempur dalam Perang
Dunia II. Sebaliknya, rakyat Palestin tidak dibenarkan untuk membangunkan
pentadbiran atau ketenteraan mereka sendiri. Tetapi ketika mereka menunggu
penyelesaian PBB, mereka masih majoriti di seluruh negara.
Pada November 1947, PBB membahagikan Palestin. Pelan ini memberikan
55% kawasan untuk negara Yahudi. Tetapi PBB tidak menjelaskan bagaimana ia boleh dilaksanakan apabila
separuh penduduk di wilayah tersebut adalah Palestin. Maka tidak mengejutkan
rakyat Palestin menolak rancangan PBB. Manakala Ben-Gurion dan kepimpinan
Zionis menerima perancangan tersebut dan nampak peluang. British telah keluar, Zionis tahu mereka mempunyai tentera terkuat
di Palestin. Pasukan mereka merampas lebih banyak wilayahdaripada mereka telah
dianugerahkan oleh PBB. Hasrat mereka adalah untuk mengurangkan jumlah penduduk Palestin. Di
bandar-bandar seperti Haifa, militia melancarkan serangan di kawasan kejiranan
Palestin. Mereka menyerang kampung dan memaksa penduduk keluar. Tentera Haganah
telah menghalau orang Arab keluar dari kota yang terkepung, mengambil banyak
banduan selepas mereka dapati bahagian
barat Baitulmaqdis telah dikosongkan oleh rakyat Palestin.
Salah satu peristiwa yang
mempercepatkan lagi pendudukan Yahudi ini adalah pada 9 April 1948, apabila perkampugan
Deir Yassin diserang dengan kejam. Laporan
kerajaan British merekodkan 250 orang
terbunuh dalam keadaan keganasan yang dasyat. Wanita dan kanak-kanak
dibogelkan, berbaris, bergambar dan kemudian dibunuh dengan tembakan senjata automatik.
Kisah Deir Yassin mencetuskan panik di seluruh negara. Ahli sejarah mencatat ia sebagai pembunuhan ramai -ramai
yang sangat kejam abad ini .
Pada masa Britain
menamatkan mandatnya pada 15 Mei 1948, lebih 250,000 rakyat Palestin telah menjadi
pelarian. David Ben-Gurion dengan bangga mengumumkan penubuhannya Negara
Israel, dengan dirinya sebagai perdana menteri pertama. Angkatan Pertahanan
Israel yang baru dibentuk. Banyak tentera dari beberapa negara Arab memasuki juangkan
Palestin, tetapi tentera Israel lebih lengkap dan lebih teratur bertempur. Israel
menolak kawsasan-kawasan yang PBB telah digariskan kepada negara Palestin, seperti
bandar Lydda dan Ramleh. 50,000 orang terpaksa melarikan diri, berjalan kaki. Selepas
dikosongkan, bandar-bandar itu diberi nama Ibrani: Lod dan Ramla. Bangunan dan rumah
diambil alih oleh negara Israel yang
baru dan diberikan kepada orang Yahudi. Tiga perempat daripada rakyat Palestin
telah menjadi pelarian.Dalam bahasa Arab, mereka memanggilnya Nakba maksud secara
harfiahnya, malapetaka.
Negara baru Israel
membentuk 78% daripada tanah Palestin.Bahagian selebihnya telah diambilalih oleh Jordan dan Mesir. Setahun kemudian, PBB
meluluskan panggilan resolusi untuk semua pelarian Palestin untuk dibenarkan
pulang. Namun mereka tidak pernah pulang. Tanah air mereka telah dipadamkan. Sejak
itu, percubaan untuk menyelesaikan konflik diulang runding denganmembahagikan
tanah. Wilayah ditawarkan kepada rakyat
Palestin semakin mengecut. Sebaliknya, Israel masih mengekalkan kelebihan
penduduk yang diperoleh pada tahun 1948 apabila ia memaksa semua orang Palestin
keluar. Pada tahun 1967, Yahudi menduduki Tebing Barat dan Gaza, semua rakyat
Palestin tinggal di bawah kuku besi
Yahudi.
Hari ini, penduduk Palestin tidak
mempunyai hak, tiada kerakyatan dan tiada prospek untuk kemerdekaan. Taktik
penempatan zaman Nakba, perobohan rumah dan pengusiran masih digunakan terhadap
mereka. Israel telah mengambil tanah Palestin tetapi menjarah rakyat Palestin
berjuta-juta di bawah pemerintahannya. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa
melabelkan sistem ini adalah satu bentuk apartheid zaman moden yang tiada
penghujungnya.